Wednesday, October 8, 2008

Semaikan cinta kerana Allah

Antara tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan di bawah Arasy ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. Demikian sabda Rasulullah saw.
Perasaan cinta dan sayang itu suci kerana perasaan itu memang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Cinta itu tidak terbatas kepada sesiapa, ibubapa kepada anak, guru kepada murid, beitu juga lelaki dan perempuan.
Tetapi sayang, perasaan yang suci ini disalahgunakan oleh manusia lalu berlakulah perbuatan maksiat, memuaskan nafsu yang dilarang oleh Allah. Jadi, cintanya kerana nafsu bukan kerana Allah.
Orang yang bercinta kerana Allah, dia akan dapat mengawal dirinya daripada melakukan perbuatan maksiat. Orang yang bercinta kerana Allah akan menjalinkan hubungan persahabatannya untuk kebaikan dunia dan akhirat. Taraf cinta sebeginilah yang diredhai Allah dan akan mendapat ganjaran pahala di akahirat nanti.
Selain itu, bercinta atas dasar kekayaan yang dimiliki oleh seseorang itu tidak akan bertahan lama kerana lebih mejurus kepada keuntungan peribadi. Lumrahnya setiap kekayaan yang Allah anugerahkan itu tidak akan bertahan lama.
Begitu juga halnya seseorang yang menyintai isterinya keran amengikut perintah Allah. Begitu juga isteri mencintai suaminya kerana perintah Allah. Mereka saling mencintai kerana terdapat hukum mengenainya. Maka dua golongan begini turut termasuk dalam mencintai kerana Allah. Hubungan cinta yang wujud antara guru dan murid boleh dikaitkan dengan cinta kerana Allah. Guru cintakan muridnya kerana tuntutan Allah agar mengasihi anak muridnya dalam menyampaikan ilmu. Anak murid pula mencintai gurunya kerana perintah Allah agar mentaati gurunya.
Apatah lagi kalau anak murid menyintai gurunya keran akebaikan dan jasa yang disumbangkan oleh gurunya itu. Maka ilmu yang disumbang sudah pasti ilmu Allah dan diredhai oleh Allah. Guru yang menyayangi anak muridnya sehingga sanggup mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sudah pasti mendapat redha Allah.
Begitu juga halnya orang yang dikurniakan rezeki lebih, lalu digunakan untuk bersedekah dan membantu orang yang kurang bernasib baik. Atas perasaan kasih sayangnya yang tulus itu telah mendorongnya mengorbankan sebahagiaan kekayaan yang dimiliki untuk mendapat keredhaan Allah. Dengan cara begini, dia bukan sahaja mengeratkan hubungan dengan sesama manusia juga dapat mendekatkan diri kepada Allah. Orang ini juga termasuk dalam golongan orang yang cinta kerana Allah.
Oleh sebab itu sebaik-baik manusia di sisi Allah ialah mereka yang menggunakan segala nikmat yang dikurniakan itu untuk kebaikan diri dan untuk orang lain. Jika kelebihan ilmuu yang dimiliki, maka ilmu itulah digunakan untuk mendidik diri dan masyarakatnya. Pendek kata semua yang dimiliki dimanfaatkan oleh manusia lain, dikira sebagai cinta kepada manusia kerana Allah.
Semoga cinta umat Islam pada akhir zaman ini menjurus kepada cinta kerana Allah. Biar di mana pun mereka berada, jika mereka takut untuk melakukan dosa dan maksiat, di situlah nilai cinta kerana Allah.

Kenali Rasulullah S.A.W

Kenali Rasulullah
Jarak masa di antara kita dan Nabi Muhammad s.a.w. sudah hampir 1400 tahun dan pengajian kita mengenai baginda baik dari segi batang tubuhnya atau juga dari lain-lain segi masih banyak yang belum rapat dan mesra. Besar kemungkinan bahawa cinta dan mesra terhadap baginda akan semakin pudar dan kehilangan tempat dalam jiwa kita dan ini besar bahayanya....Jarak masa di antara kita dan Nabi Muhammad s.a.w. sudah hampir 1400 tahun dan pengajian kita mengenai baginda baik dari segi batang tubuhnya atau juga dari lain-lain segi masih banyak yang belum rapat dan mesra. Besar kemungkinan bahawa cinta dan mesra terhadap baginda akan semakin pudar dan kehilangan tempat dalam jiwa kita dan ini besar bahayanya.Satu ikhtiar mesti dibuat segera bagi menghadapi kemungkinan buruk ini.Bulan Rabi'ulawal selalunya memegang peranan penting untuk ini. Dia mempunyai daya penyusup ke dalam jiwa yang masih hidup untuk ingatan kita.Seperti juga Ramadhan , banyak membuat orang terpegun lama di hadapan Al-Quran Al-Karim dengan penuh khusyu' dan insaf di malam-malam harinya.Apa kata kalu kita berhenti sejenak menatap wajahnya yang mulia dan jasadnya yang diberkati, mana tahu selera kita bertambah dan sayang mesra makin mendalam lagi.Sifat-sifat TubuhNya Yang Mulia Di antara keistimewaan-keistimewaan penganut Islam yang begitu banyak ialah menyiapkan sebuah rekod khusus mengenai bentuk fizikal jasad RasulullahNabi kesayangan mereka secara lengkap dan penuh perincian.Dunia tidak akan ketemu dengan sebuah fail yang begitu kemas dan lengkap dalam pekara yang serupa terhadap batang tubuh mana-mana pemimpin dunia diseluruh alam termasuk mana-mana nabi zaman dahulu seluruhnya. Kesayangan manuasia (sahabat) terhadap Nabi Besar Muhammad menyebabkan segala apamengenainya lebih-lebih sifatnya telah disurat dan dirakam dalam semua kitab, Sunanulsitta khususnya dalam Al-Zarqani dan Al-Syama' Al-Imamal-Tarmidzi Rahmahullah. Hasil dari itu maka seorang manusia muslim dengan segera dan tidak teragak-agak akan dapat mengenali Nabinya sekarang kalau ditakdirkan baginda hidup balik dan terserempak denganNya dimanasahaja dan bila-bila pun.Dibawah ini kita ringkaskan sedikit sifat-sifat tubuhnya.Rasulullah dikurniakan sebatang tubuh yang tegap dan kacak (Murabba' Al-Qamah) cahaya kulitNya putih kemerahan-merahan. Ukuran tingginya seimbang dan sederhana, bila melangkah berjalan, maka seakan menurun dari tanah tinggi kata sahabatnya. Rapi dan penuh dengan kesungguhannya. (Keadaan ini selain dari sebab-sebab bentuk tubuhnya yang tegap dan sihat maka ianya mencerminkan hasrat jiwanya yang tidak pernah kekosongan. Ada orang yang berbadan tegap dan rangkanya mengerunkan. Namun hentakkan kakinya tidak bermaya dan tidak tentu arah sahaja.. bila diajak bercakap, maka jelas nampak rupanya jiwa dia kosong, tidak punya program hidup sebab itu dia merayau-rayau membawa kaki sahaja.Bagi Nabi Muhammad setiap detik umurnya penuh tepu dengan kerja. Maka anggotanya pun turut hidup dan menghayunkan rentak yang aktif. Wajahnya cantik berseri dan sentiasa senyum mempunyai perwatakan yang menarik. Pernah sahabat-sahabatnya menatap wahajnya lama-lama kemudian menengadah kelangit merenung bulan ppurnama untuk menentukan mana satu yang lebih berseri.Ditengahnya terpacak sebatang hidung yang comel tirus memancong. Kerongkongmatanya terpahat luas menampakkan bulatan mata hitamnya dengan jelas. Bahagian putihnya yang terpaut sekeliling menambahkan lagi seri wajahnya. Dari atas melebat turun rambut? rambut hitam berikal mayang mencecah bahu.Janggutnya yang hitam dibiarkan tumbuh dengan galaknya dikeliling kawasanmuka, manakala misainya dipapas berandam bagi menampakkan sikap kelakianyang arif agaknya. Bila panjang menghulur lebih dari genggan jarinya terusdipotong serta dipesannya supaya umatnya juga berbuat begitu, supaya kamumempunyai watak dan syaksyiat muslim yang tidak serupa dengan kafir musyrikkatanya.Giginya tersusun gagah . tentang putih bersihnya jangan ditanya keranabersugi itu besar pahala mengikut ajarannya. Dan baginda sendiri sangatacap bersugi sampai saya bimbang takut giginya haus ujar seorang isteri.Bau mulutnya yang manis-manis anak itu membuat orang suka duduk dekatbadinda berpidato. Yang anih bau peluhnya juga begitu. Pernah seorangperempuan tua , umu-aiman menyiapkan sebuah botol kecil, nasib-nasib dapatmenyimpan peluh baginda didalamnya.Diatas dadanya yang luas bidang itu terdapat banyak bulu-bulu gagah. Arussuburnya menali turun kebahagian bawahan perutnya. Manakala perutnya tdakbesar berlabu tapi kemas dan sama kempis dengan bahagian dadanya. Dibahagian belakang dicelah dua tulang kipasnya menimbul sebiji butuirsebesar telur burung kecil bertulis Allah dan dikenali sebagai "MohorKenabian". Mengikut cerita lama butir ajaib inilah menyebabkan seorangPadri di negeri Syam mengesa bapa saudaranya Abu Talib yang sedangmenjalankan urusan perniagaan bersama Nabi yang masih berumur dua belastahun itu, suapaya cepat membawanya balik ke Mekah, jangan sampai ketaraoleh Yahudi berdebah disini.

Monday, September 22, 2008

9 mimpi Nabi

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT
lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

"Beriman,Berilmu,Beramal"

Sunday, March 16, 2008

Nilai tudung wanita

Nilai Tudung Wanita

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.