Monday, October 26, 2009

Aku cari Husnul Khotimah

Husnul khotimah maksudnya kesudahan yg baik. Ia adalah impian saya dan mungkin menjadi impian setiap muslim.Saya katakan ‘mungkin’ kerana ramai juga orang Islam yang saya temui , tidak meletakkan matlamat hidupnya untuk mencapai khusnul khotimah. Seperti kita maklum dalam mengharungi hidup ini kita tak lepas dari dugaan, cubaan dan ujian. Semasa menghadapi dugaan kita mungkin dalam keadaan tidak bersedia, tidak berilmu dan yang pasti kita berada dalam keadaan ‘tertekan’ iaitu tekanan perasaan.

Kebiasaannya dalam keadaan sedemikian akal gagal dikawal dengan sempurna, atau kita lemah dalam mengimbangi keadaan menyebabkan adakalanya tindakan kita di luar dugaan, menyebabkan kita jadi kufur nikmat, dan akhirnya terpalit dosa. Tetapi sebagai muslim kita bertuhankan Allah s.w.t, berpandukan kepada kitab al-qur’an dan kita mengambil Nabi s.a.w. sebagai panduan dan ikutan. Alhamdulillah, syukur kerana dengan adanya keyakinan kepada Allah s.w.t itulah kita kembali memautkan harapan kepada-Nya .

Allah s.w.t maha pengasih dan penyayang. Allah menyukai hamba-Nya yang insaf dan segera bertaubat. Firman Allah s.w.t bermaksud” Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [66:8]

Ayuhlah kita buatkan satu azam, mohon kepada Allah s.w.t pada setiap selepas solat dan pada bila-bila masa, agar Allah kurniakan kita khusnul khotimah.


Tanda-tanda husnul khotimah

1. Mengucapkan kalimat tauhid ketika akan meninggal,Rasulullah bersabda”Barangsiapa akir perkataannya La ilaha illallah, maka ia akan masuk surga.”

2. Mati syahid dalam menegakkan kalimatullahDalam surat Ali Imran ayat : 169 dijelaskan “Dan janganlah engkau sangka orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Allah , diberi rezeki”.

3. Orang yang sedang Ihram Rasulullah memberitahu ketika melihat salah sorang sahabatnya meninggal karena jatuh dari untanya takala ia ihram, “Mandikanlah ia, dan kafanilah dengan pakaian ihrmnya, jangan ditutup kepalanya sesungguhnya ia akan bangkit dalam keadaan ‘mulabbiyan (dalam keadaan mengucapkan allahuma labbaik)”.

4. Akhir dari perbuatannya dalam rangka mentaati Allah SWTSebagaimana sabda Rasulullah, “Barang siapa mengucapkan La illaha illallah karena mengharapkan keridhoan Allah dan detik-detik akhir hayatnya dalam yaat seperti itu, maka ia akan masuk surga. Dan barang siapa kehidupannya karena mengharapkan ridho Allah, kemudian ia meninggal dalam taat seperti itu, maka ia akan masuk surga. Dan barang siapa bersedekah karena mengharapkan ridho Allah, kemudian ia meninggal dalam ketaatan seperti itu, maka ia akan masuk surga.”

5. Meninggal dalam keadaan mempertahankan ad-Dien, harta, keluarga dan kehormatan Misalnya seorang muslim yang hendak diperkosa oleh seorang yang zalim, ia berusaha mempertahankan kehormatan dirinya hingga ia mati dibunuh oleh orang tersebut, maka insya Allah matinya dalam keadaan husnul khatimah.

6. Menginggal dalam kesabaran pada saat ditimpa penyakit. Apabila seorang muslim atau muslimah diuji oleh Allah dengan diberinya penyakit dan ia sadar sampai menemukan ajalnya, maka ia juga mendapat husnul khatimah. Selama ia taat pada Allah dan Rasul-Nya, maka meninggalnya Insya Allah dalam keadaan husnul khatimah.

7. Meninggal pada malam Jum’at atau siangnya. Mudah-mudahan Allah memberikan kita kurnia husnul khatimah, sebagaimana do’a yang selalu kita panjatkan pada-Nya. “Ya Allah kami mohon pada-Mu husnul khotimah, kami berlindung pada-Mu dari su’ul khotimah dan seburuk-buruknya pembalasan. Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik amal kami pada akhirnya dan sebaik-baik hari kami adalah hari pada saat berjumpa dengan-Mu. Dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang Engkau beri kurnia pada mereka di surga dan di sisi-Mu. Amin Ya Rabbana…

Allahu’alam.

Thursday, October 22, 2009

Khas Buat Kaum HAWA


Wahai Hawa, Kenapa..
engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa, Sedarlah..
Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa..

jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.