Sunday, January 27, 2013

Siapa enta di hati ana?

Assalamualaikum wbt....mg apa yang ana update disini menjadi pengajaran buat kita semua sebagai pembaca. kita semua tak terlepas dari melakukan kesilapan. Kisah dibawah ini ada kaitan dengan seorang sahabat kita, sedang cuba untuk berubah kepada yang lebih baik, dia selalu mendapat gelaran "baik" dari sahabat2, tetapi selalu menolak title itu sebab dia rasa tidak cukup baik.. perlukan komen dari sahabat2 klu ada yang ingin komen, moga apa yang disampaikan menjadi pengajaran dan juga sempadan buat masa akan datang...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Menyingkap lembaran baru gelaran bakal pemegang ijazah graduan university di Malaysia, aku mengatur langkah, menyusuri hari-hari yang mendatang dengan diringi iman di hati. Kata hatiku teruskan melangkah walaupun payah, pasti kejayaan kan ku genggam akhirnya. Hari-hari yang ku lalui, pahit dan manis, suka dan duka, tangis dan tawa, semua berpadu dalam satu rasa. Aku abadikan segalanya dalam pundak hatiku, menelan rasa, payah diungkap, panas tangisan itu masih terasa. Hatiku tertanya…kenapa perlu ada dia dalam hari-hariku. Mungkin inilah petanda imanku goyah. Mungkin inilah teguran dari Sang Pencipta.
“Ana nak bagitahu sesuatu, ada orang melamar ana, ana pon tak tahulah nak terima atau tak, ape pendapat enti?” hatiku dipagut sayu, mataku basah saat bibirku membaca bait-bait ayat tersebut. Satu perasaan yang menjalar dihati, sakit kian terasa, mencucuk-cucuk, perit yang tak terzahir, ku mencari penawar bersama seorang yang bernama sahabat, tidak ku temu. Lantas hatiku tertanya.. siapa enta di hati ana? Kenapa perlu ada rasa sakit itu saat ayat itu dihantar untuk mendapat ulasan dari aku. Sakit itu masih terasa, luka itu masih berparut. Ku pujuk hati yang lara, mengingati Allah Yang Esa.
“Istikharah..” jawapan terbaik, dari Allah yang ku zahirkan kepada dia. Ku tangkis air mata, tidak mahu perit menjalar di hati, biarpun pahit aku tidak mahu berserah pada rasa hati yang tidak pasti. Ku lalui hari-hari ku yang masih berbaki di bumi universiti ini berbekalkan doa dari ibu dan abah yang tercinta. Biarpun mereka tidak tahu hati ini sedang dilukai, akan ku teruskan perjuangan menggapai impian yang telah ku semat dihati.
“Ana rasa Allah dah kabulkan doa ana tentang jodoh ana, tapi ana terpaksa tolak, sebab abang ana tak bagi, ana pun tak kerja lagi.” Ku pujuk hati yang layu dibelit rasa ingin tahu, segalanya terungkap dari dia yang jujur berterus-terang dengan ku. Bentakan di hati ini membuatkan aku mengambil keputusan untuk solat istikharah, biarpun hati ini takut akan jawapan yang bakal ku perolehi, tapi tetap ku teguh dengan pendirian moga ada petunjuk untuk menangkis rasa yang mula bersarang dihati. Petunjuk telah aku perolehi. Tapi keyakinan ku terlalu rendah untuk menerima. Kenapa perlu dia? Lantas hati ini bertanya lagi, siapa enta di hati ana?
Usah merayu pada yang tidak pasti, usah berharap dia menanti. Ku ayunkan langkah meneruskan hari-hari di bumi university ini, hari-hariku terus ceria kerana kasih abadi dari Illahi. Mungkin dulu perubahan yang ku harap pada diri dia, hari ini, bila perubahan itu kenyataan dihadapanku, hati ku dipagut sayu, dicengkam rasa yang pilu, hingga menitis satu persatu.
“Bole tak ana nak tanya sesuatu, ana harap enta jujur lar ea. Enta anggap ana ni sape ea?” mesej ku hantar meminta tanda kepastian agar hati yang lara ku pujuk dan tak akan berulang.
“Enti kawan baik ana dunia akhirat, same jugak macam kawan-kawan yang lain, kawan dunia akhirat” hatiku tenang, bak seribu satu kata terungkap, maka jalan yang kupilih, dia akan ku tinggalkan, berlalu pergi biarpun saat ku diperlukan, kerana takut akan dosa yang lampau, ku ulangi tanpa ragu dan ingatan. Patah hati yang lara, patah akan berganti. Hari-hari itu ku lalui lagi.
“Ana ada buat salah dengan enti ke?” hatiku gusar, senyap yang ku janjikan tanda dia paham, menjadikan dia ingin tahu apa yang berlaku. Kata hatiku teruskan kuat. Jangan mudah goyah.
“x, nta tak buat salah pun dgn ana, klu ada buat salah pun, ana lar orgnya.” Keliru, itulah yang dia rasakan dari tindak tandukku. Sebaiknya mungkin aku yang tidak memulakan persahabatan ini dahulu, kerana padahnya aku menanggung, kerana sakitnya aku ratap, kerana sedihnya aku yang tangis, kerana pahitnya aku yang telan.
“ana menyesal kenal dengan nta” kata hatiku,
“ana masih terasa hati dengan ayat enti yang enti menyesal kenal dengan ana” Dia terasa? Kenapa perlu dia terasa? Lantas aku tertanya, siapa ana di hati enta? Keliru yang kurasakan. Kenapa perlu dia hadir dalam hidup aku? Dia adalah ujian, dia adalah ujian, dia adalah ujian.
“ana rapat dengan nti je, yang lain ana tak biasa”…..lantas hatiku tertanya. Siapa ana di hati enta? Ana tempat mengadu, ana tempat bertanya, ana tempat luah rasa, ana tempat minta pendapat, ana tempat bercerita, semua itu berlaku antara kita.
“ana berani bergurau dengan enti je”….lantas hatiku bertanya, siapa ana di hati enta?.
Kini ku sedar, diriku bukan sesiapa. Ku akhiri segalanya dengan istikharah moga jalan yang ku pilih adalah kekuatan untuk aku mengahadapi dia sebagai ujian dari Dia pemilik hati ini. Langkah ku teguh, teguhkan hati, hati yang redha, redha dan pasrah, pasrah atas segala ketentuan takdir Illahi. Biarpun hati ini rasa dipermainkan, rasa diperbodohkan, rasa diperkecilkan, hati ini akan terus kuat untuk menghadapi dunia yang lebih mencabar saat aku bergelar graduan ijazah university nanti.
“akak, akak kene kuat, mungkin akak kata akak dah melepaskan dia pergi, ikhlas, tapi sebenarnya akak tak melepaskan dia sepenuhnya…” hatiku terpanar, koreksi diri, benar katanya. Saat ku mohon pada Illahi menjauhkan dia dari hidup ini, Allah makbulkan. Sungguh tenang. Tapi apabila perlu berhadapan, kaki ini pergi sebagai pilihan. Lalu hati tertanya, sampai bila aku perlu terus begini, ku palingkan hati, hati yang batu, tidak ku pandang dia yang hampir, mengharapkan tiada insan yang perasan akan perubahan diri ini. Menyebokkan diri dengan kerja sambil memohon agar diberi kekuatan hati untuk menempuh segalanya dikala itu.
“kita jumpe kawan baik dia, satu kampong, cantik orangnye, dia duduk sebelah kita sambil borak2 dengan A****, mse tu kite baca notes tapi terdengar dorang berborak pulak..huhu..apelah kite nih” ku adu pada sahabat yang banyak mengetahui tentang hati ini.
“itu jeles namenye”..betul kata dia, aku melepaskan, tapi tidak merelakan, merelakan tapi bukan semua, selama ini hati ini ibarat melarikan diri dari kenyataan menghadapi dia.
 Kata hatiku, semuanya akan berakhir, saat itu aku akan berlalu pergi. Pergi meninggalkan segala yang pernah ku lalui, biarlar dia menjadi cebisan kenangan yang tidak akan bercantum menjadi layar di minda ini suatu masa nanti, kerana jika itu yang terjadi pasti luka itu berdarah kembali dan parutnya terkesan di hati.
“akak, saya nak mintak tolong, malu pulak, tolong carikan untuk saya…paham-paham aje la ye kak”
“insyaaAllah,jgn malu,tak de pe lar, tapi setakat ni ade calon yang berkenan tak?”
“Calon?hurm setakat nih tak de kak”..mana mungkin ada, andai hati baru melepaskan dia pergi.
Perubahan demi perubahan berlaku diantara kami menunjukkan Allah semakin memudahkan urusan ku untuk melupakan dia. Alhamdulillah.
“Enti jangan lupa soalan yang enti nak tanya pada ana after hantar report FYP, n ana pun dah janji nak belanja enti sbg balasan enti banyak tolong ana.” Ku biarkan itu berlalu sepi, tidak perlu bertanya, kerana telah ku dapat jawapan dihati. Tak perlu belanja, kerana ku takut kenangan kan tersemat sebagai satu ingatan yang menyakitkan jiwa.
  Pergilah rasa, pergilah sepi, pergilah rasa yang menyakitkan jiwa, pergilah moga akan berganti. Patahlah hati, patah kan berganti, kerana Allah akan hadirkan pengganti untuk menutup luka di hati.
Ku menyusuri sungai kehidupan berbekalkan iman dan taqwa. Kadang hatiku ditiup angin kegoyahan, kadang aku terjatuh tersadung dek batu dugaan, kadang ku hanyut oleh banjir perasaan, kadang ku alpa dek manis madu perjanjian, tapi kini ku mengerti, antara petunjuk dan ujian, dia adalah ujian buat diriku. Jalan yang ku pilih, moga berbekal takwa di hati, ketenangan yang ku cari, moga ketemu cinta hakiki,  jalan yang pasti, jalan yang abadi, moga Allah memberkati setiap langkah ini.
Kenapa perlu ada kenangan antara kita? Dia yang aku tinggalkan adalah sebagai satu pilihan. Kenapa perlu ada rasa yang berbaki? Kenapa perlu tertarik bila berhampiran? Kenapa perlu mencari jika tiada? Kenapa perlu ada dia dalam jalan kehidupanku…?
“Hidup kita ni bersangkut paut dengan hudup orang lain. Takdir hidup kita, semuanya bersangkut dengan orang lain. Contohnya excident, klu kita ingat sebelum excident berlaku, mungkin hati kita akan kata kalaulah aku lambat cikit lalu jalan tu pasti kereta tuh tak langgar aku, ataupun, kalaulah kereta tuh singgah di tempat lain dulu, mesti pemandu tu tak langgar aku. Itulah yang dinamakan takdir, yang semestinya bersangkut paut dengan orang lain.” Kata-kata dari seorang sahabat yang masih aku terdengar. Lantas ku hadam, paham, semat dihati sebagai amalan. Semua itu Allah telah aturkan sejak aku pilih jalan untuk sambung peringkat ijazah bulan dec,selepas tawaran bulan jun aku tolak. Kadang hati terdetik,kalaulah aku masuk bulan jun, mesti aku tak kenal dia. Menyesalkah diri? Menyesal bila perasaan itu masih bersisa dihati.
“Haa, baru  ana faham, knpe anti xnak msg ngn ana.btul la,susah btul nk jg dr, ht dan iman,sbb mnsia seringkali iman dia berubah2. =)” mesej nya aku baca berkali2…terpempan. Kenapa perlu sekarang paham? Hatiku rasa…..tidak mampu untuk melayan, takut menggugat fikiran dan hati. Ku biarkan rasa, terus berlalu, tanpa harapan, biarkan begitu, tanpa ulasan jawapan.
“Enti tau tak, 1st time ana dengar bila ana pergi kem, mase tu abang H**** yang cakap tentang ikhtilat. Blik dari tuh ana terus cari kat internet tentang ikhtilat, ana tanya ustaz, bole ke tak mesej dengan orang perempuan? Sorang ustaz tu cakap, tak boleh sebab itu termasuk jugak dalam bab pergaulan, ana tak boleh terima ustaz tuh cakap macam tuh, lepas 2 ana tanya ustaz lain pulak, ustaz tuh cakap dibolehkan mesej, tapi jaga lar batas pergaulan sebab kita tak boleh menolak fitrah antara manusia yang berkeinginan antara lelaki dan perempuan…so ana nak mintak pendapat enti…”
“Pada ana, boleh, Cuma ada had lar sebab hati perempuan nih mudah terusik especially ada lelaki yang nmpak mcm caring kat dia, cepat terasa bila kena marah, menangis semua tuh lar, sebab tuh dalam al-quran kata jgn dekati zina, klu enta tak boleh nak jaga hati, nta tak perlu lar mesej dgn perempuan tuh, tapi enta kena ingat sekali enta kata enta boleh jaga hati, Allah akan uji apa yang enta cakap. Allah akan uji berkali-kali.”
“Betullar ape yang enti penah cakap tuh, dan ana pun penah rasa sakit hati tu, baru je rasa.”
Apa yang perlu diucapkan lagi? Mungkin itu hanya menambah kesakitan di hati. Mungkin itu adalah yang terakhir. Ya, mudah-mudahan. Teruskan melangkah wahai kaki. Banyak lagi yang perlu diperlunaskan sebelum mata tertutup mengadap Allah Yang Esa.
Ku akhiri segalanya, dengan lafaz niat yang suci, solat ku dirikan mohon petunjuk agar tak terjatuh lemas dengan perasaan sendiri. Moga petunjuk itu dapat menguatkan lagi hati ini..
“Ya Allah Yang Maha Mengetahui, aku mohon petunjuk Ya Allah, jika jalan yang ku pilih ini adalah terbaik untuk masa hadapanku, aku mohon permudahkan lah Ya Allah..jika salah Ya Allah, aku mohon perbetulkan lah, berikan lar petunjukMu. Ya Allah, jika telah Engkau tetapkan aku sempat bertemu dengan jodohku, aku mhon permudahkan lah Ya Allah, jika kematian itu yang Engkau tetapkan mendahului jodohku, aku mohon permudahkan juga Ya Allah dan izinkan aku Ya Allah, untk bertemu dengan jodohku di syurgaMu nanti, dan biarlah dia yang menjadi bidadaraku di syurga nanti.”
Tiada tangisan itu yang aku harapkan. Moga hati terus tabah, moga jiwa terus kuat, moga fikiran tak rapuh, moga diri terus melangkah ke hadapan tanpa memandang belakang yang bersisa noda. Allahurabbi...teguhkan iman dihati...



Thursday, August 2, 2012

Pasrah + Redha + Berserah

Salamun'alaikum wbt...

Selamat berpuasa sahabat2...
Hari nih result UiTM keluar..amacam result? insyaAllah dapat result yang okie...yang kurang okie jgn bersedih...jgn mengeluh... Allah bersama kita... mgkin pahit untuk menelan kenyataan,tapi kenyataan memang pahit untuk ditelan, apatah lagi bile kenyataan itu kita tidak menginginkan...
Adakah kita lupa siapa diri kita sebenarnya?
Adakah kita lupa siapa yang menjadikan kita sebenarnya?
Adakah kita lupa diri kita dijadikan untuk apa sebenarnya?
Adakah kita lupa siapa yang berhak ke atas kita sebenarnya?
Adakah kita lupa ada yang lebih berkuasa sebenarnya?
Adakah kita lupa diri kita memang pelupa sebenarnya?

Ya, kita memang seorang pelupa..insan kan...manusia biasa..tiada yang sempurna...
Mari kita muhasabah diri
Mana yang dapat result baik++ jgn lupa Allah..
Mana yang dapat resul baik-- jgn lupa juga pada Allah..
Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita...
Jika kita bertawakal = pasrah + redha + berserah pada Allah..insyaAllah apa result pun kita akan terima..
betul tak sahabat?

Result diri sendiri cam ne pulak? ..huhuhu..
Alhamdulillah 3.++ (jatuh cikit,sebab selalu mengantuk dalam kelas...susah nak fokus...)

Bangun pagi, tgk nset..dapat mesej dari 0199xx0xxx
"Assalam, sahabat. Result ana jatuh m'dadak lg sekali. Ana dh catat rekod yg tdk baik lam sejarah akademik ana. This is the worst part in my life. I got 2.++ for gpa. Anyway, ana b'syukur sbb xrepeat. Alhamdulillah. Anti dpt wape?" (3-Aug-2012 04:50:59)

Mesej diatas tidak berbalas..sebab mase tuh tak tgk result lagi...huhu...

Pesanan untuk 0199xx0xxx dan sahabat2 yang lain....
Kita selalu tak dapat apa yang kita mintak..betul kan...tapi cuba kita kira berapa banyak nikmat yang Allah dah bagi pada kita...sesekali Allah tak bagi kejayaan tuh dalam diri kita...mgkin Dia nak kita lagi dekat dgn DIA...klu kita dapat result yang baik tapi kita jauh dari Allah...apa lah maknanya...mgkin kita hanya akan rasa berjaya di dunia, tetapi tidak di akhirat..
ketahuilah sahabat cara Allah makbulkan doa kita..

  1. Doa Itu dikabulkan serta merta
  2. Dikabulkan pada waktu lain
  3. Dihindarkan daripada bahaya
  4. Allah berikan sesuatu yang lebih baik di akhirat
  5. Pengampunan kepada dosa-dosa

Acapkali kita mengucapkan rasa syukur selepas kita mengeluh ataupun mengadu sesuatu....cuba kita ubah cara tu dengan ucapkan rasa syukur terlebih dahulu...dan jgn mengeluh! jom ubah diri...

masih belum terlambat untuk melakar kejayaan dalam akademik.. Moga ada sinar kejayaan untuk semester depan...selamat berjuang sahabat..

Siapkanlah bahteramu sahabat..
Untuk belayar di lautan akademik..
Berserahlah pada Allah..
Pasrahlah atas segala ketentuanNYA..
Redhalah dengan segala ujianNYA...
insyaAllah walau apapun ujian yang ALLAH beri, kita akan menerima dengan hati yang lapang...


Wednesday, July 11, 2012

hari Allah sayang aku (episod 2)

Assalamualaikum wbt...
Atas permintaan ramai, maka bersambunglah episod 2 hari Allah sayang aku..
Ini kisah benar..insyaAllah tiada yang bohong.. =)
snapshop dari episod yang lepas cikit.
aku ditanya oleh fasi

fasi: okie farha..ape kelebihan yang farha ada...ataupon kuasa yang farha nak?

erm...kelebihan..saya tak tau saya ade kelebihan apa...mgkin orang lain bole nampak kot...kuasa,saya tak nak kuasa,sebab dah ada Yang Lebih Berkuasa...

fasi: okie..

tapi klu dibagi pilihan..saya nak tau masa depan..

fasi:..owh..kenapa?..cuba cerita.. ..


tangan mase nih menggeletar lar jugak..muke n telinga rase panas..malu mungkin dengan melihat sahabat2 modul dok fokus kat muke kite kan..kite nih bukannye artis nak orang pandang lama2..huhu..then berat jugak nak bercerita...tpi gagah n gigihkan diri untuk bercerita.


saya harap apa yang saya cerita nih habes kat dalam bulatan nih jer lar,tak perlu lar bawak keluar... aku memandang muka sahabat2 semua, mengharapkan mereka paham, beberapa sahabat mengaggukkan kepala tnda stuju tak terkecuali encik fasi.huhu..


sebenarnya dalam 2minggu nih saya bawak kereta, saya duduk kolej sebenarnya (semua sahabat2 fokus..huhuhu) kolej mawar,saya parking kereta kat makmal kimia. (tangan ciap tunjuk ke arah makmak,mcm nmpak jer dari vr =D)

hari khamis hari tuh, saya dgn kawan2 plan nak buka puasa dekat PI (pusat islam)..dengan langkah yang gigih,saya pon pergi ke kereta, tekan alarm tak bunyi, tekan tekan lagi tak de bunyi, alarm habes bateri or...kete y tak de bateri..hati sy mengatakan mase tuh bateri kete tak de. then sy tgk dari tingkap kereta, suis lampu ketera bukan kat tempat off..then saya cuba bertenang..cuba berfikir secara waras...nak buat apa..saya tgk sekeliling,tak de orang.kereta jer ade..then teringat kawan2 yang bawa kereta..call kawan2 tanya sape ade jumper..ramai yang tak angkat call,y angkat call pon kate tak de jumper..okie..jam da pukul 630ptg, jnji dgn kawan pukul 7mlm nak amek dorang...saya duduk kat tepi batu sebelah kerete, klu ada jumper pun cane nak cas?pintu tak leh bukak!...tak lame pastu baru teringat, tingkap kereta rosak! then saya pon masukkan jari kat tgkap kereta,tekan tingkap kebawah, so tgkap tuh pon turun..then saya pon bole bukak pintu. ada hikmah rupanya kenapa tingkap tuh rosak.huhu..then tak setel lagi, kereta tak de bateri..tengok lagi sekeliling. alhamdulillah ade orang..staff kat makmal kimia mungkin. saya pon berjalan kearah staff tersebut dan minta tolong,tanya ade jumper ke tak.dia jawab ada n then dengan senang hati nak membantu..bersyukur sangat..satu urusan dipermudahkan..
staff tu bagitau tukar bateri,so sy pon g lar workshop y terdekat,kat seksyen 7. tukar bateri semua,kene RM80. okie setel...pastu otw ke pi..kereta macam nak mati...macam minyak tak naik cam tuh..betul2 sampai kat bonggol kat depan kolej perindu, kete mati,try start tak nak idup. ingatkan bateri problem...tengok cermin pndg belakang, ade sebiji bas.kereta,moto pon tak terkecuali. pastu tekan lar lampu kecemasan... mase nih mood dah spoil gler..rase nak ngamuk pon ade..rase nak balik segamat malam tuh jugak nak hantar kereta balik..try start lagi,hidup kejap pas tu mati...try lagi tekan minyak, masuk gear trus jlan..tapi sampai bustop perindu mati lagi..time ni buka bonet depan,keluar dari kete..ade jugak lar yg macam perihatin,tapi sekadar melihat...atleast nak pandang lar kan..huhu..pastu ade sorang student nih laki,nek moto,tanye kenape?kete rosak ker?...tak tau nak cakap pe,aku pon cerita lar y tadi problem kat bateri bagai semua..then baru pasan...ade air kluar dari tempat air(ape name ntah)..then tolak lar kete masuk tempat parking...saya pon tepon workshop tadi...jam dah pukul 7suku...kesian kat kawan3 yang puasa,sy pon suruh diowang g masjid dulu....alhamdulillah sepanjang Allah uji tu ade sahabat lain yang sudi teman, bila sahabat tadi dah g pi tok berbuka puasa..rupa2nya bukan bateri problem,tapi tempat air bocor. mekanik kate kete tak bole bawak kete g bengkel,kene tarik..mase tuh pk.duit lagi..dia kate tarik 90 tambah dgn repair 190 so smua 280...banyak kot...nego-nego dgn mekanik tuh...smua skali dapat 250....
so semua skali 250 tambah dgn bateri 80, jadi 330...hnya untuk 1 hari...saya muhasabah diri saya balik..bila Allah uji saya itu bermakna Alllah sedang pandang saya, dan Allah sayang saya...orang lain mungkin akan kate hari malang bagi dia, tapi saya kate hari Allah sayang saya..

then antara sebab kenapa sy nak kuasa boleh tau masa depan,..mase hari kejadian kereta rosak, abang saya excident..lori teruk..abah cerita klu tgk dari sudut kepala lori yang teruk mmg pemandu tak selamat lar..tapi alhamdulillah abang saya selamat,cuma sya lambat tau berita tuh..2hari selepas kejadian baru tau..sedih jugak lar..mungkin abah tak nak sy terkejut...mgkin lar kan..

itu lar antara sebab nyer...tapi Allah Yang Maha Mengetahui...tiada siapa yang lebih berkuasa dari DIA, hakikat yang kita kena terima...setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah,cuma cepat atau lambat je...


okie sekian....

Friday, April 20, 2012

hari Allah sayang aku...

14 April 2012

Modul 7: Kenegaraan

Tempat: VR3

Modul..mesti bosan!..yup mmg bosan pon..apa lagi klu bab kenegaraan...tapi mungkin modul itu akan jadi lebih menarik klu Fasi pandai manarik minat student..sapa yang bosan?aku lar tuh...

ice breaking:

fasi: saya nak kamu semua perkenalkan nama,fakulti,course n kelebihan yang kamu ada ataupon klu tak nak cerita kelebihan yang kamu ada, bagitau kuasa yang kamu nak... (agak menarik)
dan lagi satu, orang yang perkenalkan diri nanti akan bagitau nama orang yang sebelum-sebelumnya...(ini lagi mencabar otak aku nih..dah lar susah nak ingat nama orang)

seriusly susah nak ingat!..ramai kot..dah tu aku dok yang area last2...lagi banyak name yang aku kene ingat...memang betol2 fokus lar mase ice breaking tuh..pandai fasi tuh nak kite fokus.. i liked!

tiba turn aku:
macam biasa penampilan yang serius, tapi kelakar.. =)

Bissmillahirahmanirrahim, Assalamualaikum wbt..(tgn time nih sejuk giler)
Alhamdulillah, nama masih lagi nurfarhain binti rahsid, nurfarhain binti rahsid (aku pandang muka setiap orang...berkerut2 nak ingat name aku..haha) N U R F A R H A I N (siap eja weh)
bole panggil nur, farha, ain (siap tunjuk jari lagi, sebenarnye dah gugup giler)..
Fasi: uih, banyak nyer..(dgr jugak keluhan dari sahabat modul yang lain.) okie nak pnggil ape nih? statekan 1 jer....then aku pon jawab..farha..

fasi: okie farha..ape kelebihan yang farha ada...ataupon kuasa yang farha nak?

erm...kelebihan..saya tak tau saya ade kelebihan apa...mgkin orang lain bole nampak kot...kuasa,saya tak nak kuasa,sebab dah ada Yang Lebih Berkuasa...

fasi: okie..

tapi klu dibagi pilihan..saya nak tau masa depan..

fasi:..owh..kenapa?..cuba cerita.. ..

continue after midterm break...nak bersiap untuk balik ke tanah air...

wassalam...

Saturday, March 24, 2012

Hambamu – Mawi feat Akhil Hayy


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


Wednesday, March 21, 2012

air mata ini...

Salamun'alaikum wbt...

Tak tahu nak tulis gapo..n tak tahu kenapa letak tajuk "air mata ini"..yang pasti hari ni rasanya banyak kali dah air mata nih mengalir..kerana sedih mungkin..kerana takut mungkin..kerana kesedaran untuk diri sendiri mungkin juga..

Mati...sesuatu yang pasti..cuma saya tak tahu bila saya akan dijemput oleh Malaikat Izrail...entah malam nih..entahkan esok..entahkan lusa ataupon tulat..tak tahu.. yang pasti Mati RAHSIA ALLAH..cepat atau lambat kita kena bersedia...tidak dicepatkan sesaat, dan tidak juga dilambatkan sesaat..dunia hanya tempat persinggahan..

Hari ini..banyak muhasabah diri....ajal yang kita tidak akan tahu bila akan menjemput kita...bersediakah diri ini..tentulah tak bersedia lagi...banyak dosa yang dilakukan....qiamulail yang jarang dibuat..sayangkan tidur..sayangkan tilam yang empuk, sayangkan selimut yang menghangatkan...tapi itu dunia semata...

wahai hati..banyak2lah beristighfar..moga dosa sesaat lepas diampunkan Allah..duhai hati..usah bersedih dengan berita yang dikhabarkan...ada hikmah disetiap ujian yang melanda...

sesunguhnya dia sahabat saya,
insan terpilih yang diuji oleh Allah dengan sakit...
andai diberi peluang oleh Allah...
diri ini sanggup untuk bertukar tempat dengan mu wahai sahabat..
tapi dirimu insan terpilih..
untuk diuji oleh Allah..
sebagai ujian untuk orang2 yang mengaku dia beriman kepada Allah..
moga dirimu tabah wahai sahabat..
moga dirimu sabar dalam menghadapi ujian ini..


N. A.

Monday, October 17, 2011

Isnin, 7.29pm

Selama beberapa hari nih mmg agak berdebar bila terima panggilan dari abah..tapi bila dengar suara abah, tanya tentang kesihatan anak nye..hati aku hilang debar..sebelum menjawab hati aku sempat berbisik "moga tak ada ape2 y berlaku kat umah"..

Usai solat maghrib, imam membaca doa..aku menadah tangan..telingaku menangkap deringan telefon milik ku..aku sekadar menoleh ke belakang, memandang beg sendiri dgn tanda tanya siapa y menelefon. "kalau penting mesti call balik.." hati ku sempat bermonolog sendiri.. Aku focus kembali pada doa y dibacakan oleh imam, sambil itu telinga aku menangkap kembali bunyi telefon lagu OST Hana yori dango..lantas aku mengaup doa tanpa menunggu imam habis membacanya..aku mempercepatkan langkah ke arah beg..mencari telefon yang berdering. Tidak lama kemudian bunyi berhenti. Aku memandang skrin telefon "2 missed call". lantas jari menekan untuk melihat siapa yang telefon. "Abah"...hatiku hilang sedikit ketenangan..cepat2 aku mendail semula no Abah..lama menuggu..baru jawab..

"Hello, Assalamualaikum, abah..ada apa telefon?"
"Wa'alaikumussalam...ko ada peperiksaan ke?"
"Tak ada lah abah, kat surau"
"Dah sembahyang lom?"
"Dah, baru je sudah."
"Ko sihat?"
"Alhamdulillah sihat.."belum sempat aku bertanya, abah memotong.
"Abah kat johor nih..Pak teh meninggal." aku antara paham n xpaham...
"Ha?.."dahi aku berkerut..seperti tidak percaya apa y aku dengar..
"Abah baru balik dari rumah makteh, pakteh da meninggal pagi tadi."
"Innalillah.."aku sebut antara dengar dgn tidak..
"Sakit ape abah?"
"Tak de sakit ape..lepas sarapan tadi tiba-tiba je jatuh pengsan."
"owh..habes tu skang abah kat mane?g dgn sape?"
"abah da nak balik da nih. kat masjid dkt dgn rmah atok long, tapi atok long takde kat umah..tunggu emak sembahyang..g sekali dgn atok ru, atok timah"
"Hum nanti kem salam jek lar.."

Usai berborak..aku termenung di kaki lima surau mawar..terkejut dengan apa y aku dengar...terbayang muka arwah pakteh..terbayang saat2 pakteh datang umah..segala2nya ibarat wayang yang bermain di tubir mata..airmata y hampir mengalir pantas aku seka. tkot nanti terlihat oleh sahabat lain..aku melangkah masuk ke surau..tanpa mata tak mampu memandang sahabat lain..aku menunduk..solat sunat rawatib 2rakaat..hatiku menjadi sayu..airmata tak sempat ku seka, berjurai hingga ke akhir rakaat..fikiran ku terbayang arwah pakteh...makteh, wawa, hisyam,omel n taufik, semua sepupu2 ku..

Terlalu besar ujian y Allah bagi pada keluarga makteh..

"Ya Allah..sesungguhnya mati itu janji dan rahsia dari Kau Ya Allah..tidak cepat,tidak lambat walaupun sesaat..Kau cucuri rahmat ke atas roh arwah Isnin bin Amat..tempatkan dia bersama golongan orang2 yang beriman..Aku mohon rahmat dan kasih sayang Mu Ya ALLAH..Kau tabahkanlah hati Mak teh, Rosnah binti Atan dan anak2nya dalam menghadapi ujian dari MU ini Ya ALLAH..mg ada hikmah disebalik ujian yang Kau berikan pada mereka.."

Air mata ku seka dgn jari..sebolehnya aku tak mahu sahabat y lain nampak kemurungan aku..lama aku berteleku..tidak sedar perut kosong minta diisi...lantas aku bangun..cuba untuk tersenyum..mungkin tampak kurang ikhlas...

Apa yang berlaku pasti ada hikmah..insyaAllah..

~Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali~

Moga aku dan y lain bersedia untuk menghadapi saat itu..

Al-Fatihah buat arwah Isnin b Amat. Syukran jazilan..

Monday, September 26, 2011

Hilang RM50???

Hampir setiap orang pernah kehilangan sesuatu miliknya, cuma mungkin tidak sama cara menghadapi kehilangan itu antara seorang dgn seorang y lain. Bagaimanapun, tentulah tidak ada apa-apa hikmah yang dapat dikutip apabila seseorang itu tidak redha dengan kehilangan itu, sebagaimana deceritakan oleh seorang ustaz mengenai seorang hamba Allah yang kehilangan wang RM50..
Hamba Allah ini percaya duitnya itu hilang di tempat kerjanya. Dia sudah puas mencarinya, tetapi tidak jumpa. Dia musykil bagaimana duit itu boleh tercicir. Dia syak, ada orang mengambilnya. Dan dia syak, rakan-rakan sekerjanya yang ambil atau terjumpa duit itu, tetapi tidak memulangkannya kepada dia.
Dari sehari ke sehari dia bertanya kepada orang itu dan orang ini kalau-kalau mereka ada terjumpa duitnya. Seminggu berlalu, kemudian masuk dua minggu, dia masih berkeadaan begitu. Akhirnya dia mengadu kepada ustaz.
Ustaz itu menasihatinya, "Hanya kerana hilang RM50 kita membuatkan ramai orang cacat hati dengan kita, saya rasa cara itu tak betul. Apa salahnya kita redha dengan duit yang hilang, asal jangan sampai ukhwah yang terputus."
Mendengar kata-kata ustaz itu, dia tersedar. Ada benarnya kata-kata ustaz..

Penulis: Mujahid Abdullah
Tajuk buku: Secubit Halwa, Penawar Jiwa..100 kisah kehidupan..

Saturday, September 17, 2011

Couple bleh ke x ye??

Petikan ini telah diambil dari ruangan diskusi "Soal Asyraf"

"couple" boleh ke dlm Islam ?by Muhamad Syahir Sharin on Wednesday, 24 November 2010 at 12:14
Hukum Berpacaran Sebelum Kahwin ( Lembaga Fatwa Mesir )

Judul : Akhlak

Pertanyaan : Assalamualaikum... adakah seseorang itu boleh berpacaran/bercinta sebelum menikah?

Jawaban : Tidak dibolehkan berpacaran/bercinta sebelum menikah

Fatwa Dewan Fatwa

Sumber : Lembaga Fatwa Mesir, http://www.dar-alifta.org/f.aspx?ID=957907

Hukum Couple Menurut Ulama Arab
Hukum Bercouple

SETELAH memerhatikan ayat Quran dan hadis,maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram,kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan mungkin menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya,baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita,meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

(Mesti ada salah satu daripada 6 tu pada diri kita)

Dalam kamus bercouple,hal2 tersebut adalah lumrah dilakukan,padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya,apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad Bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.

Jawab beliau:Jika hubungan itu sebelum nikah,baik sudah lamaran atau belum,maka hukumnya adalah haram,kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing(bukan mahramnya)baik melalui ucapan,memandang atau berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya,dan janganlah seseorang wanita bepergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya:Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya,yang pada akhirnya mereka saling mencintai,apakah perbuatan itu haram?

Jawab beliau:Perbuatan itu tidak diperbolehkan,kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya,serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan,yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji.Maka dinasihatkan kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-menyurat,pembicaraan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan diri kita.

Syaikh Jibrin juga ditanya:Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum bernikah?

Jawab beliau:Tidak boleh berbicara dengan wanita asing(bukan mahram)dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,seperti rayuan atau mendayukan suara(baik melalui telefon atau lain2).

Sebagaimana firman Allah SWT:Dan janganlah kalian melembutkan suara,sehingga berkeinginanorang yang berpenyakit di dalam hatinya.
(Al-Ahzab:32)

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan,maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah,akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat dan Jawapan yang Sebenarnya

Pengharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari.Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat kukuh,antaranya:

1."Tidak boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram,kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan islam,tanpa melanggar syariat."

Jawapan 1:"Istilah bercouple berlandaskan islam itu cuma ada dalam khayalan,dan tidak pernah ada wujudnya.Anggap sahajalah mereka boleh menghindari khalwat,tidak bersentuhan serta menutup aurat.Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang,atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh."

2."Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,perlu untuk mengenal terlebih dulu calon pasangan hidupnya,fizikal,sifat,yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple,kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum bernikah akan jauh lebih ringan daripada kalu terjadi sebelum bernikah."

Jawapan 2:"Memang,mengenal fizikal dan sifat calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sbelum memasuki alam pernikahan,agar tidak ada penyesalan di kemudian hari.Namun tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haram.

p/s: kepada sesiapa yang pernah terjebak,sedang terjebak atau terpikir untuk terjebak dalam dunia cinta yang tidak kekal abadi..cepat2 lar istighfar..mg Allah masih mngurniakan ampunan kpd kita...biar lar kita menangis kerana dosa lalu..rahmat Allah masih luas untuk kita..jadikan Allah sebagai cinta sejati kita..cinta yang kekal abadi... Nikmat melakukan maksiat mungkin bole hilang..tapi dosa maksiat yang dilakukan tidak terhapus dengan mudah..

Sunday, August 14, 2011

Akhirnya....

"esok awak test kete ea.. " terkedu aku mendengar ayat dari en.din..walaupun aku dah mengagak yang aku akan test dalam mase terdekat nih...tapi bukan esok!..oh no..en.din bagitau lambat..kenape..? hati aku menjerit..mulut amoi tu mmg masin lar..

"nanti sy minta en.din u test same dengan sy esok..tak pon en.din nnti jumpe u ckp esok test same dengan saya.." kate amoi dengan loghat cina sambil gelak..aku hanya tersenyum pahit..

"tak mau lar amoi"

"kite kan belajar same-same..test mesti same-same ma"..aku terdiam..btol jugak..tapi kenape en.din tak cakap ape2 pon pasal test..

suara ami masih lagi terngiang2 di telinga..mmg masin..huh!..aku ubat kerisauan di hati berbual dengan kak sarah y dah lulus test jpj kete..kak sarah mendoakan aku lulus test esok..amiin..

"jumaat test moto pulak ea.." blom pon hilang risau test esok..dtg lagi 1 berita test moto pulak..buat aku makin tak bole senyum...risau bukan kepalang lagi..tak bole duduk diam...huh..

"jgn risau..kak sarah bole buat..ko mesti bole punye.."kate ina..cuba menghilangkan resah yang bermaharajaleladi hati aku..

mengenangkan esok test..aku jadi mcm kucing nak beranak..mula nak menangis..jadi tak keruan...

"Ya Allah..esok aku test jpj kereta ya Allah..Kau permudahkanlah urusan ku pada hari esok..permudahkan aku untuk lulus ya Allah..tapi jika engkau berkehendak sebaliknya..ikhlas hati aku untuk menerima ketentuan dari MU ya Allah..Kau lembutkanlah hati JPJ yang akan test aku esok ya ALLAH.." aku menangis semahu-mahunya.."hanya Engkau shj yang bole menolong aku pada hari esok..tiada tempat lain untuk aku mengadu ya ALLAH..Kau yang maha mengetahui apa yang terbuku di hati ku ini..tenangkan hati ku semasa test jpj esok ya ALLAH..hanya kepadaMu aku berserah.."

hari y ditunggu tiba.alhamdulillah semuanya berjalan lancar..wlaupun kene marah dengan JPJ..tpi tak kesah la weh..da lulus..hehe..

Alhamdulillah..lulus test JPJ kereta n moto..terima kasih tenaga pengajar Syarikat Pusat Latihan Memandu Segamat...teringat cikgu2 yang sporting n tak sporting..hoho..

yang paling penting sekali aku da kota kan janji aku..aku lulus test JPJ without repeat.. =)

Wednesday, July 13, 2011

1st time DRIVE...

"Sok 7.15 pg g blaja kete"

Kecut perut aku baca mesej dari En.Din...ingatkan boleh rest kat umah seminggu..upenyer..satu hari jer rest...hurm...jantung dup dap dup dap menanti hari esok..sampai termimpi-mimpi kot...

Tepat jam 7.05pg aku da siap.. "Jangan lupe makan ubat ain..ubat ade atas peti ais..panadol dengan ubat batok jgn lupe makan", pesan mak sebelum berangkat ke kebun bersama abah, mungkin dek kerana risaukan aku yang masih demam suam2 kuku..

Lepas bersiap aku terus makan sekeping roti dan sambal telur dan air kosong, then terus makan ubat...adelar dalam pukul 7.25pg.. "tin! tin!" taulah aku bunyi hon kereta..aku trus capai beg keluar then kunci pintu...

"Kak nanti belajar moto..awak pon sama" sambil menunjuk ke arah aku."lepas belajar moto t pergi belakang sana untuk belajar kete"...aku pon no hal lar..bawak moto..senang jer..tapi susah bile dalam litar..hahah

Dah pusing 4kali dalam litar..aku berhenti..then dalam pukul 9pg kitorang gerak ke tempat y dimaksudkan untuk belajar kete...tunggu punye tunggu..aku da bosan..so bace novel..dalam pukul 10 lebih..lebih bape tuh tak pasan..aku tak tengok jam..cikgu panggil..dia duduk kat tempat penumpang...means...aku kene drive..?????! OMG!...so dengan siap sarung tangan sebelah kiri..aku masuk..
"Kerusi" kate cikgu..so aku pon kedepan n kebelakangkan kerusi..
"cermin sisi"
"cermin belakang"
"Signal"
"lampu"
"wiper"
"gear 1"
"gear 2"
"gear 3"
"gear 4"
"free gear"
"gear reverse"
" hidupkan enjin"
"tekan clutch jgn lepas"
"minyak jgn tekan"
"turunkan handbreak"
"lepaskan clutch slow2" kete bergerak...then berhenjut-henjut..
"clutch lepas slow2..minyak jgn tekan....pusing kanan..kanan lagi..balas balik..kanan lagi..kanan lagi..minyak jgn tekan!.." beriya aku pusing stering.."minyak jangan tekan!" kononnye kaki aku nak tekan minyak ler..upenye kete bergerak tanpa aku tekan minyak...huhu..hebat aku..eh!silap..hebat kete kancil..hahah..
"ok,depan ni simpang 3 kene berhenti..tekan clutch...tekan break" aku pon tekan clutch then bile nak tekan break aku lepaskan clutch..terhenjut-henjut then mati lar kete..
"tekan clutch,jgn lepas,tekan sampai habis,tekan break..jangan lepaskan clutch"suara cikgu dah berubah..'owh okie..barulah aku paham..'
"tekan clutch! hidupkan enjin.."
"tekan clutch jgn lepas." aku pon tekan sampai habis..dalam hati nekad jgn buat kesalahan y same.."okie skg nie gear 1..signal kanan..lepas clutch slow2..", kaki kanan aku pulak standby kat minyak.."eih..jgn tekan minyak.."..
"lepas clutch slow2..slow2...pusing kanan...balas balik...pusing kanan..balas balik...okie kanan..balas balik..kiri..kiri..kiri2..sini.." tunjuk tangan cikgu y ke kiri, baru lar aku pasan ke kiri upenyer..nak tau ape aku buat..?aku pusing kanan..bile cikgu kate kiri.. hahahah..kanan kiri pon lupe..
"ok simpang 3..tekan clutch.jgn lepas..tekan break" so kereta pon berhenti tanpa mati..berjaya disimpang pertama..huh lega..
"signal kanan..pandang kiri kanan.." aku pon pandang kiri kanan..
" jalan..lepas clutch slow2..tekan minyak..tekan minyak..signal kanan..k belok kanan..masuk gear 2...clutch tekan!"..owh lupe tekan clutch!.."clutch tekan,masuk gear 3..masuk gear 4..signal kiri..simpang 3 nih.." serta merta aku tekan break...kete mati..lupe nak tekan clutch baru break... aduh!.."awak nih.clutch tu tekan...sampai habis..bru break! free gear! hidupkan enjin.."
"belok kiri!..balas balik..skang ni saya nak tunjuk jalan A..mase test JPJ nanti ade jalan A jalan B..skang ni saya tunjuk jalan A dulu..Jalan A g segamat baru..Jalan B g hospital.." aku pon mengangguk sambil pandang ke depan...
"depan nih lampu isyarat..signal kiri....tekan clutch sampai habis..tekan break..free gear..tarik handbreak.."
"masuk gear 1..cepat da nak hijau dah tu..clutch tekan sampai habes..turun handbreak..clutch lepas slow2...minyak jngan tekan..slow2..k line kite sebelah kiri..masuk gear 2..clutch lepas..gear 3..okie lampu isyarat...tekan clutch sampai habes..tekan break.."
"okie hijau...jalan..lepas slow2"...kaki kiri aku lepas clutch laju sgt n kaki kanan aku pulak terus tekan minyak..pe lagi..kete terhenjut2..then mati..aku da mengelabah..org lain pandang pon aku tak dulik...kat jalan da lar banyak kete..
"Astghfirullahal'azim..lepas clutch slow2,kan gear 1 nih.." cikgu da marah,kata aku dalam hati..aduhai,,kenape lar aku lambat sgt nak pickup, asek lupe jer.....
"free gear..hidupkan enjin.." gear pon free,then enjin dihidupkan..baru nak jalan..."dah kuning dah tuh, berhenti.."
"kat rumah tak belajar bawak kete ker?"
"tak.."sepatah je y aku jawab..dia ingat kete banyak kat umah aku ade org nak ajo aku bawak ker..?..huh! sabo2...klu ikotkan hati mau aje aku nanges!..tp aku cakap dalam hati..jgn nanges!!...senyum..takpe2..hari 1st bawak kete kot...takpe2...bile da balik masuk litar.."ok skang kite belajar u-tern"..hah??biar betol..means 3 penjuru..OMG...tu lar..tadi beriya sgt nak bawak kete..tengok org lain bawak ciap kate bile lar turn aku nak bawak kete..bile da kene bawak...hah amek..tgk mcm senang..upenye susah tau!..padan muke..lepas 3 penjuru..naik bukit..pergh!!lagi susah bro..bagi org y tak reti bawa kete macam aku lar...haish..biar btol...
"okie..minyak..minyak lagi...break..clutch jgn lupe tekan!"..cepat2 aku tekan clutch..tpi kete termati jugak..terlambat sikit..aduhai..salah lagi.."free gear..tarik handbreak..hidupkan enjin!"
"ok dekat bukit nih cermin kanan mesti selari dengan tiang....masuk gear 1...clutch tekan...!! " lupe nak tekan clutch lagi!... "clutch tekan...jgn lepas..tekan minyak..clutch jgn lepas!..okie tahan...tahan minyak.jgn tekan..tahan...okie..lepas clutch slow2..jgn lepaskan sampai habes..! handbreak turun.." beriya aku turunkan tapi tak bole...kete pulak dah mengaum..ah sudah!..tarik handbreak pon tak lepas..."tarik dulu baru tekan..!" aku tak paham..tarik dulu baru tekan...???tau ape aku buat..?aku tekan pastu turunkan..mcam nak patah pon mmg tak kan turun handbreak tuh..hahah..sengal jugak..
2kali buat kat 3 penjuru n bukit..cikgu tak puas hati....dia suruh benti...dah fedup dengan aku lar tuh.....
"setakat nih faham..?" baru nk tanya..?..pergh!..
"hurm..bole lar..cume minyak clutch n break tuh...still lagi.." blom habes cakap cikgun da menyampuk "mmg lar..paling kurang pon 3 atau 4 kali.."
"moto da buat latihan tadi?"
"dah" sambil mengangguk..
"ok?"
ade lar dalam 3 or 4 saat aku diam mencari jawapan dengan memandang ke luar tingkap kete, "bole lar..cume break kecemasan jer.." blom habes cakap lagi..."break kecemasan tuh..awak break kaki dulu...sampai terseret jauh tayar belakang baru break depan.."..aku pon mengangguk n senyum macam tak senyum..."saya tau y tu..cume kejap jadi kejap tak..tu jer lar.."
"hum mcm chipsmore!..k awak bole keluar.."..perli aku lar tuh..aku pon keluar...mcm nak nanges kat situ jugak pon ade..muke dah perit giler!..tak tau lar muke aku macam rupe ape..y aku pasti mmg perit muke aku..hah...!!.. mujur aku tak balik dengan cikgu tuh..agaknye cikgu tu pon da fedup dengan aku..malas nak tgk muke aku kot ..tu y die balik bawak org lain..bukan org y dia bawak pagi tadi..

sampai kat umah..upenye muke aku mmg perit..aku senyum tapi kak ipar aku kate aku tak senyum...biar btol...muke bermasalah betol lar aku..
"kenape ain...?..kene marah ker..?" tegur kak ipar ku...air mate aku da bertakung..hidung aku makin tersumbat..suara aku da sengau.."standard lar kan kene marah.." itu aje lar ayat yang mampu aku cakap kat kak ipar aku..terus berjurai air mate aku...punye lar aku tahan mase dalam kete tadi..akhirnyer....

aku pujuk hati aku.....tak pe takpe..org lain bole buat..takkan aku tak bole buat..?tengok lar nanti..aku lepas JPJ tanpa REPEAT!! ini janji aku!..ko tgk lar nanti..ko perli aku ea..takpe2..tak semestinye org y reti bawak kete lepas JPJ kan..kite tgk lar nanti..