Saturday, March 24, 2012

Hambamu – Mawi feat Akhil Hayy


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


Wednesday, March 21, 2012

air mata ini...

Salamun'alaikum wbt...

Tak tahu nak tulis gapo..n tak tahu kenapa letak tajuk "air mata ini"..yang pasti hari ni rasanya banyak kali dah air mata nih mengalir..kerana sedih mungkin..kerana takut mungkin..kerana kesedaran untuk diri sendiri mungkin juga..

Mati...sesuatu yang pasti..cuma saya tak tahu bila saya akan dijemput oleh Malaikat Izrail...entah malam nih..entahkan esok..entahkan lusa ataupon tulat..tak tahu.. yang pasti Mati RAHSIA ALLAH..cepat atau lambat kita kena bersedia...tidak dicepatkan sesaat, dan tidak juga dilambatkan sesaat..dunia hanya tempat persinggahan..

Hari ini..banyak muhasabah diri....ajal yang kita tidak akan tahu bila akan menjemput kita...bersediakah diri ini..tentulah tak bersedia lagi...banyak dosa yang dilakukan....qiamulail yang jarang dibuat..sayangkan tidur..sayangkan tilam yang empuk, sayangkan selimut yang menghangatkan...tapi itu dunia semata...

wahai hati..banyak2lah beristighfar..moga dosa sesaat lepas diampunkan Allah..duhai hati..usah bersedih dengan berita yang dikhabarkan...ada hikmah disetiap ujian yang melanda...

sesunguhnya dia sahabat saya,
insan terpilih yang diuji oleh Allah dengan sakit...
andai diberi peluang oleh Allah...
diri ini sanggup untuk bertukar tempat dengan mu wahai sahabat..
tapi dirimu insan terpilih..
untuk diuji oleh Allah..
sebagai ujian untuk orang2 yang mengaku dia beriman kepada Allah..
moga dirimu tabah wahai sahabat..
moga dirimu sabar dalam menghadapi ujian ini..


N. A.

Monday, October 17, 2011

Isnin, 7.29pm

Selama beberapa hari nih mmg agak berdebar bila terima panggilan dari abah..tapi bila dengar suara abah, tanya tentang kesihatan anak nye..hati aku hilang debar..sebelum menjawab hati aku sempat berbisik "moga tak ada ape2 y berlaku kat umah"..

Usai solat maghrib, imam membaca doa..aku menadah tangan..telingaku menangkap deringan telefon milik ku..aku sekadar menoleh ke belakang, memandang beg sendiri dgn tanda tanya siapa y menelefon. "kalau penting mesti call balik.." hati ku sempat bermonolog sendiri.. Aku focus kembali pada doa y dibacakan oleh imam, sambil itu telinga aku menangkap kembali bunyi telefon lagu OST Hana yori dango..lantas aku mengaup doa tanpa menunggu imam habis membacanya..aku mempercepatkan langkah ke arah beg..mencari telefon yang berdering. Tidak lama kemudian bunyi berhenti. Aku memandang skrin telefon "2 missed call". lantas jari menekan untuk melihat siapa yang telefon. "Abah"...hatiku hilang sedikit ketenangan..cepat2 aku mendail semula no Abah..lama menuggu..baru jawab..

"Hello, Assalamualaikum, abah..ada apa telefon?"
"Wa'alaikumussalam...ko ada peperiksaan ke?"
"Tak ada lah abah, kat surau"
"Dah sembahyang lom?"
"Dah, baru je sudah."
"Ko sihat?"
"Alhamdulillah sihat.."belum sempat aku bertanya, abah memotong.
"Abah kat johor nih..Pak teh meninggal." aku antara paham n xpaham...
"Ha?.."dahi aku berkerut..seperti tidak percaya apa y aku dengar..
"Abah baru balik dari rumah makteh, pakteh da meninggal pagi tadi."
"Innalillah.."aku sebut antara dengar dgn tidak..
"Sakit ape abah?"
"Tak de sakit ape..lepas sarapan tadi tiba-tiba je jatuh pengsan."
"owh..habes tu skang abah kat mane?g dgn sape?"
"abah da nak balik da nih. kat masjid dkt dgn rmah atok long, tapi atok long takde kat umah..tunggu emak sembahyang..g sekali dgn atok ru, atok timah"
"Hum nanti kem salam jek lar.."

Usai berborak..aku termenung di kaki lima surau mawar..terkejut dengan apa y aku dengar...terbayang muka arwah pakteh..terbayang saat2 pakteh datang umah..segala2nya ibarat wayang yang bermain di tubir mata..airmata y hampir mengalir pantas aku seka. tkot nanti terlihat oleh sahabat lain..aku melangkah masuk ke surau..tanpa mata tak mampu memandang sahabat lain..aku menunduk..solat sunat rawatib 2rakaat..hatiku menjadi sayu..airmata tak sempat ku seka, berjurai hingga ke akhir rakaat..fikiran ku terbayang arwah pakteh...makteh, wawa, hisyam,omel n taufik, semua sepupu2 ku..

Terlalu besar ujian y Allah bagi pada keluarga makteh..

"Ya Allah..sesungguhnya mati itu janji dan rahsia dari Kau Ya Allah..tidak cepat,tidak lambat walaupun sesaat..Kau cucuri rahmat ke atas roh arwah Isnin bin Amat..tempatkan dia bersama golongan orang2 yang beriman..Aku mohon rahmat dan kasih sayang Mu Ya ALLAH..Kau tabahkanlah hati Mak teh, Rosnah binti Atan dan anak2nya dalam menghadapi ujian dari MU ini Ya ALLAH..mg ada hikmah disebalik ujian yang Kau berikan pada mereka.."

Air mata ku seka dgn jari..sebolehnya aku tak mahu sahabat y lain nampak kemurungan aku..lama aku berteleku..tidak sedar perut kosong minta diisi...lantas aku bangun..cuba untuk tersenyum..mungkin tampak kurang ikhlas...

Apa yang berlaku pasti ada hikmah..insyaAllah..

~Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali~

Moga aku dan y lain bersedia untuk menghadapi saat itu..

Al-Fatihah buat arwah Isnin b Amat. Syukran jazilan..

Monday, September 26, 2011

Hilang RM50???

Hampir setiap orang pernah kehilangan sesuatu miliknya, cuma mungkin tidak sama cara menghadapi kehilangan itu antara seorang dgn seorang y lain. Bagaimanapun, tentulah tidak ada apa-apa hikmah yang dapat dikutip apabila seseorang itu tidak redha dengan kehilangan itu, sebagaimana deceritakan oleh seorang ustaz mengenai seorang hamba Allah yang kehilangan wang RM50..
Hamba Allah ini percaya duitnya itu hilang di tempat kerjanya. Dia sudah puas mencarinya, tetapi tidak jumpa. Dia musykil bagaimana duit itu boleh tercicir. Dia syak, ada orang mengambilnya. Dan dia syak, rakan-rakan sekerjanya yang ambil atau terjumpa duit itu, tetapi tidak memulangkannya kepada dia.
Dari sehari ke sehari dia bertanya kepada orang itu dan orang ini kalau-kalau mereka ada terjumpa duitnya. Seminggu berlalu, kemudian masuk dua minggu, dia masih berkeadaan begitu. Akhirnya dia mengadu kepada ustaz.
Ustaz itu menasihatinya, "Hanya kerana hilang RM50 kita membuatkan ramai orang cacat hati dengan kita, saya rasa cara itu tak betul. Apa salahnya kita redha dengan duit yang hilang, asal jangan sampai ukhwah yang terputus."
Mendengar kata-kata ustaz itu, dia tersedar. Ada benarnya kata-kata ustaz..

Penulis: Mujahid Abdullah
Tajuk buku: Secubit Halwa, Penawar Jiwa..100 kisah kehidupan..

Saturday, September 17, 2011

Couple bleh ke x ye??

Petikan ini telah diambil dari ruangan diskusi "Soal Asyraf"

"couple" boleh ke dlm Islam ?by Muhamad Syahir Sharin on Wednesday, 24 November 2010 at 12:14
Hukum Berpacaran Sebelum Kahwin ( Lembaga Fatwa Mesir )

Judul : Akhlak

Pertanyaan : Assalamualaikum... adakah seseorang itu boleh berpacaran/bercinta sebelum menikah?

Jawaban : Tidak dibolehkan berpacaran/bercinta sebelum menikah

Fatwa Dewan Fatwa

Sumber : Lembaga Fatwa Mesir, http://www.dar-alifta.org/f.aspx?ID=957907

Hukum Couple Menurut Ulama Arab
Hukum Bercouple

SETELAH memerhatikan ayat Quran dan hadis,maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram,kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan mungkin menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya,baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita,meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

(Mesti ada salah satu daripada 6 tu pada diri kita)

Dalam kamus bercouple,hal2 tersebut adalah lumrah dilakukan,padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya,apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad Bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.

Jawab beliau:Jika hubungan itu sebelum nikah,baik sudah lamaran atau belum,maka hukumnya adalah haram,kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing(bukan mahramnya)baik melalui ucapan,memandang atau berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya,dan janganlah seseorang wanita bepergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya:Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya,yang pada akhirnya mereka saling mencintai,apakah perbuatan itu haram?

Jawab beliau:Perbuatan itu tidak diperbolehkan,kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya,serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan,yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji.Maka dinasihatkan kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-menyurat,pembicaraan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan diri kita.

Syaikh Jibrin juga ditanya:Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum bernikah?

Jawab beliau:Tidak boleh berbicara dengan wanita asing(bukan mahram)dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,seperti rayuan atau mendayukan suara(baik melalui telefon atau lain2).

Sebagaimana firman Allah SWT:Dan janganlah kalian melembutkan suara,sehingga berkeinginanorang yang berpenyakit di dalam hatinya.
(Al-Ahzab:32)

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan,maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah,akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat dan Jawapan yang Sebenarnya

Pengharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari.Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat kukuh,antaranya:

1."Tidak boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram,kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan islam,tanpa melanggar syariat."

Jawapan 1:"Istilah bercouple berlandaskan islam itu cuma ada dalam khayalan,dan tidak pernah ada wujudnya.Anggap sahajalah mereka boleh menghindari khalwat,tidak bersentuhan serta menutup aurat.Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang,atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh."

2."Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,perlu untuk mengenal terlebih dulu calon pasangan hidupnya,fizikal,sifat,yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple,kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum bernikah akan jauh lebih ringan daripada kalu terjadi sebelum bernikah."

Jawapan 2:"Memang,mengenal fizikal dan sifat calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sbelum memasuki alam pernikahan,agar tidak ada penyesalan di kemudian hari.Namun tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haram.

p/s: kepada sesiapa yang pernah terjebak,sedang terjebak atau terpikir untuk terjebak dalam dunia cinta yang tidak kekal abadi..cepat2 lar istighfar..mg Allah masih mngurniakan ampunan kpd kita...biar lar kita menangis kerana dosa lalu..rahmat Allah masih luas untuk kita..jadikan Allah sebagai cinta sejati kita..cinta yang kekal abadi... Nikmat melakukan maksiat mungkin bole hilang..tapi dosa maksiat yang dilakukan tidak terhapus dengan mudah..

Sunday, August 14, 2011

Akhirnya....

"esok awak test kete ea.. " terkedu aku mendengar ayat dari en.din..walaupun aku dah mengagak yang aku akan test dalam mase terdekat nih...tapi bukan esok!..oh no..en.din bagitau lambat..kenape..? hati aku menjerit..mulut amoi tu mmg masin lar..

"nanti sy minta en.din u test same dengan sy esok..tak pon en.din nnti jumpe u ckp esok test same dengan saya.." kate amoi dengan loghat cina sambil gelak..aku hanya tersenyum pahit..

"tak mau lar amoi"

"kite kan belajar same-same..test mesti same-same ma"..aku terdiam..btol jugak..tapi kenape en.din tak cakap ape2 pon pasal test..

suara ami masih lagi terngiang2 di telinga..mmg masin..huh!..aku ubat kerisauan di hati berbual dengan kak sarah y dah lulus test jpj kete..kak sarah mendoakan aku lulus test esok..amiin..

"jumaat test moto pulak ea.." blom pon hilang risau test esok..dtg lagi 1 berita test moto pulak..buat aku makin tak bole senyum...risau bukan kepalang lagi..tak bole duduk diam...huh..

"jgn risau..kak sarah bole buat..ko mesti bole punye.."kate ina..cuba menghilangkan resah yang bermaharajaleladi hati aku..

mengenangkan esok test..aku jadi mcm kucing nak beranak..mula nak menangis..jadi tak keruan...

"Ya Allah..esok aku test jpj kereta ya Allah..Kau permudahkanlah urusan ku pada hari esok..permudahkan aku untuk lulus ya Allah..tapi jika engkau berkehendak sebaliknya..ikhlas hati aku untuk menerima ketentuan dari MU ya Allah..Kau lembutkanlah hati JPJ yang akan test aku esok ya ALLAH.." aku menangis semahu-mahunya.."hanya Engkau shj yang bole menolong aku pada hari esok..tiada tempat lain untuk aku mengadu ya ALLAH..Kau yang maha mengetahui apa yang terbuku di hati ku ini..tenangkan hati ku semasa test jpj esok ya ALLAH..hanya kepadaMu aku berserah.."

hari y ditunggu tiba.alhamdulillah semuanya berjalan lancar..wlaupun kene marah dengan JPJ..tpi tak kesah la weh..da lulus..hehe..

Alhamdulillah..lulus test JPJ kereta n moto..terima kasih tenaga pengajar Syarikat Pusat Latihan Memandu Segamat...teringat cikgu2 yang sporting n tak sporting..hoho..

yang paling penting sekali aku da kota kan janji aku..aku lulus test JPJ without repeat.. =)

Wednesday, July 13, 2011

1st time DRIVE...

"Sok 7.15 pg g blaja kete"

Kecut perut aku baca mesej dari En.Din...ingatkan boleh rest kat umah seminggu..upenyer..satu hari jer rest...hurm...jantung dup dap dup dap menanti hari esok..sampai termimpi-mimpi kot...

Tepat jam 7.05pg aku da siap.. "Jangan lupe makan ubat ain..ubat ade atas peti ais..panadol dengan ubat batok jgn lupe makan", pesan mak sebelum berangkat ke kebun bersama abah, mungkin dek kerana risaukan aku yang masih demam suam2 kuku..

Lepas bersiap aku terus makan sekeping roti dan sambal telur dan air kosong, then terus makan ubat...adelar dalam pukul 7.25pg.. "tin! tin!" taulah aku bunyi hon kereta..aku trus capai beg keluar then kunci pintu...

"Kak nanti belajar moto..awak pon sama" sambil menunjuk ke arah aku."lepas belajar moto t pergi belakang sana untuk belajar kete"...aku pon no hal lar..bawak moto..senang jer..tapi susah bile dalam litar..hahah

Dah pusing 4kali dalam litar..aku berhenti..then dalam pukul 9pg kitorang gerak ke tempat y dimaksudkan untuk belajar kete...tunggu punye tunggu..aku da bosan..so bace novel..dalam pukul 10 lebih..lebih bape tuh tak pasan..aku tak tengok jam..cikgu panggil..dia duduk kat tempat penumpang...means...aku kene drive..?????! OMG!...so dengan siap sarung tangan sebelah kiri..aku masuk..
"Kerusi" kate cikgu..so aku pon kedepan n kebelakangkan kerusi..
"cermin sisi"
"cermin belakang"
"Signal"
"lampu"
"wiper"
"gear 1"
"gear 2"
"gear 3"
"gear 4"
"free gear"
"gear reverse"
" hidupkan enjin"
"tekan clutch jgn lepas"
"minyak jgn tekan"
"turunkan handbreak"
"lepaskan clutch slow2" kete bergerak...then berhenjut-henjut..
"clutch lepas slow2..minyak jgn tekan....pusing kanan..kanan lagi..balas balik..kanan lagi..kanan lagi..minyak jgn tekan!.." beriya aku pusing stering.."minyak jangan tekan!" kononnye kaki aku nak tekan minyak ler..upenye kete bergerak tanpa aku tekan minyak...huhu..hebat aku..eh!silap..hebat kete kancil..hahah..
"ok,depan ni simpang 3 kene berhenti..tekan clutch...tekan break" aku pon tekan clutch then bile nak tekan break aku lepaskan clutch..terhenjut-henjut then mati lar kete..
"tekan clutch,jgn lepas,tekan sampai habis,tekan break..jangan lepaskan clutch"suara cikgu dah berubah..'owh okie..barulah aku paham..'
"tekan clutch! hidupkan enjin.."
"tekan clutch jgn lepas." aku pon tekan sampai habis..dalam hati nekad jgn buat kesalahan y same.."okie skg nie gear 1..signal kanan..lepas clutch slow2..", kaki kanan aku pulak standby kat minyak.."eih..jgn tekan minyak.."..
"lepas clutch slow2..slow2...pusing kanan...balas balik...pusing kanan..balas balik...okie kanan..balas balik..kiri..kiri..kiri2..sini.." tunjuk tangan cikgu y ke kiri, baru lar aku pasan ke kiri upenyer..nak tau ape aku buat..?aku pusing kanan..bile cikgu kate kiri.. hahahah..kanan kiri pon lupe..
"ok simpang 3..tekan clutch.jgn lepas..tekan break" so kereta pon berhenti tanpa mati..berjaya disimpang pertama..huh lega..
"signal kanan..pandang kiri kanan.." aku pon pandang kiri kanan..
" jalan..lepas clutch slow2..tekan minyak..tekan minyak..signal kanan..k belok kanan..masuk gear 2...clutch tekan!"..owh lupe tekan clutch!.."clutch tekan,masuk gear 3..masuk gear 4..signal kiri..simpang 3 nih.." serta merta aku tekan break...kete mati..lupe nak tekan clutch baru break... aduh!.."awak nih.clutch tu tekan...sampai habis..bru break! free gear! hidupkan enjin.."
"belok kiri!..balas balik..skang ni saya nak tunjuk jalan A..mase test JPJ nanti ade jalan A jalan B..skang ni saya tunjuk jalan A dulu..Jalan A g segamat baru..Jalan B g hospital.." aku pon mengangguk sambil pandang ke depan...
"depan nih lampu isyarat..signal kiri....tekan clutch sampai habis..tekan break..free gear..tarik handbreak.."
"masuk gear 1..cepat da nak hijau dah tu..clutch tekan sampai habes..turun handbreak..clutch lepas slow2...minyak jngan tekan..slow2..k line kite sebelah kiri..masuk gear 2..clutch lepas..gear 3..okie lampu isyarat...tekan clutch sampai habes..tekan break.."
"okie hijau...jalan..lepas slow2"...kaki kiri aku lepas clutch laju sgt n kaki kanan aku pulak terus tekan minyak..pe lagi..kete terhenjut2..then mati..aku da mengelabah..org lain pandang pon aku tak dulik...kat jalan da lar banyak kete..
"Astghfirullahal'azim..lepas clutch slow2,kan gear 1 nih.." cikgu da marah,kata aku dalam hati..aduhai,,kenape lar aku lambat sgt nak pickup, asek lupe jer.....
"free gear..hidupkan enjin.." gear pon free,then enjin dihidupkan..baru nak jalan..."dah kuning dah tuh, berhenti.."
"kat rumah tak belajar bawak kete ker?"
"tak.."sepatah je y aku jawab..dia ingat kete banyak kat umah aku ade org nak ajo aku bawak ker..?..huh! sabo2...klu ikotkan hati mau aje aku nanges!..tp aku cakap dalam hati..jgn nanges!!...senyum..takpe2..hari 1st bawak kete kot...takpe2...bile da balik masuk litar.."ok skang kite belajar u-tern"..hah??biar betol..means 3 penjuru..OMG...tu lar..tadi beriya sgt nak bawak kete..tengok org lain bawak ciap kate bile lar turn aku nak bawak kete..bile da kene bawak...hah amek..tgk mcm senang..upenye susah tau!..padan muke..lepas 3 penjuru..naik bukit..pergh!!lagi susah bro..bagi org y tak reti bawa kete macam aku lar...haish..biar btol...
"okie..minyak..minyak lagi...break..clutch jgn lupe tekan!"..cepat2 aku tekan clutch..tpi kete termati jugak..terlambat sikit..aduhai..salah lagi.."free gear..tarik handbreak..hidupkan enjin!"
"ok dekat bukit nih cermin kanan mesti selari dengan tiang....masuk gear 1...clutch tekan...!! " lupe nak tekan clutch lagi!... "clutch tekan...jgn lepas..tekan minyak..clutch jgn lepas!..okie tahan...tahan minyak.jgn tekan..tahan...okie..lepas clutch slow2..jgn lepaskan sampai habes..! handbreak turun.." beriya aku turunkan tapi tak bole...kete pulak dah mengaum..ah sudah!..tarik handbreak pon tak lepas..."tarik dulu baru tekan..!" aku tak paham..tarik dulu baru tekan...???tau ape aku buat..?aku tekan pastu turunkan..mcam nak patah pon mmg tak kan turun handbreak tuh..hahah..sengal jugak..
2kali buat kat 3 penjuru n bukit..cikgu tak puas hati....dia suruh benti...dah fedup dengan aku lar tuh.....
"setakat nih faham..?" baru nk tanya..?..pergh!..
"hurm..bole lar..cume minyak clutch n break tuh...still lagi.." blom habes cakap cikgun da menyampuk "mmg lar..paling kurang pon 3 atau 4 kali.."
"moto da buat latihan tadi?"
"dah" sambil mengangguk..
"ok?"
ade lar dalam 3 or 4 saat aku diam mencari jawapan dengan memandang ke luar tingkap kete, "bole lar..cume break kecemasan jer.." blom habes cakap lagi..."break kecemasan tuh..awak break kaki dulu...sampai terseret jauh tayar belakang baru break depan.."..aku pon mengangguk n senyum macam tak senyum..."saya tau y tu..cume kejap jadi kejap tak..tu jer lar.."
"hum mcm chipsmore!..k awak bole keluar.."..perli aku lar tuh..aku pon keluar...mcm nak nanges kat situ jugak pon ade..muke dah perit giler!..tak tau lar muke aku macam rupe ape..y aku pasti mmg perit muke aku..hah...!!.. mujur aku tak balik dengan cikgu tuh..agaknye cikgu tu pon da fedup dengan aku..malas nak tgk muke aku kot ..tu y die balik bawak org lain..bukan org y dia bawak pagi tadi..

sampai kat umah..upenye muke aku mmg perit..aku senyum tapi kak ipar aku kate aku tak senyum...biar btol...muke bermasalah betol lar aku..
"kenape ain...?..kene marah ker..?" tegur kak ipar ku...air mate aku da bertakung..hidung aku makin tersumbat..suara aku da sengau.."standard lar kan kene marah.." itu aje lar ayat yang mampu aku cakap kat kak ipar aku..terus berjurai air mate aku...punye lar aku tahan mase dalam kete tadi..akhirnyer....

aku pujuk hati aku.....tak pe takpe..org lain bole buat..takkan aku tak bole buat..?tengok lar nanti..aku lepas JPJ tanpa REPEAT!! ini janji aku!..ko tgk lar nanti..ko perli aku ea..takpe2..tak semestinye org y reti bawak kete lepas JPJ kan..kite tgk lar nanti..