Monday, September 26, 2011

Hilang RM50???

Hampir setiap orang pernah kehilangan sesuatu miliknya, cuma mungkin tidak sama cara menghadapi kehilangan itu antara seorang dgn seorang y lain. Bagaimanapun, tentulah tidak ada apa-apa hikmah yang dapat dikutip apabila seseorang itu tidak redha dengan kehilangan itu, sebagaimana deceritakan oleh seorang ustaz mengenai seorang hamba Allah yang kehilangan wang RM50..
Hamba Allah ini percaya duitnya itu hilang di tempat kerjanya. Dia sudah puas mencarinya, tetapi tidak jumpa. Dia musykil bagaimana duit itu boleh tercicir. Dia syak, ada orang mengambilnya. Dan dia syak, rakan-rakan sekerjanya yang ambil atau terjumpa duit itu, tetapi tidak memulangkannya kepada dia.
Dari sehari ke sehari dia bertanya kepada orang itu dan orang ini kalau-kalau mereka ada terjumpa duitnya. Seminggu berlalu, kemudian masuk dua minggu, dia masih berkeadaan begitu. Akhirnya dia mengadu kepada ustaz.
Ustaz itu menasihatinya, "Hanya kerana hilang RM50 kita membuatkan ramai orang cacat hati dengan kita, saya rasa cara itu tak betul. Apa salahnya kita redha dengan duit yang hilang, asal jangan sampai ukhwah yang terputus."
Mendengar kata-kata ustaz itu, dia tersedar. Ada benarnya kata-kata ustaz..

Penulis: Mujahid Abdullah
Tajuk buku: Secubit Halwa, Penawar Jiwa..100 kisah kehidupan..

No comments: