-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menyingkap lembaran baru gelaran
bakal pemegang ijazah graduan university di Malaysia, aku mengatur langkah,
menyusuri hari-hari yang mendatang dengan diringi iman di hati. Kata hatiku
teruskan melangkah walaupun payah, pasti kejayaan kan ku genggam akhirnya.
Hari-hari yang ku lalui, pahit dan manis, suka dan duka, tangis dan tawa, semua
berpadu dalam satu rasa. Aku abadikan segalanya dalam pundak hatiku, menelan
rasa, payah diungkap, panas tangisan itu masih terasa. Hatiku tertanya…kenapa
perlu ada dia dalam hari-hariku. Mungkin inilah petanda imanku goyah. Mungkin
inilah teguran dari Sang Pencipta.
“Ana nak bagitahu sesuatu, ada
orang melamar ana, ana pon tak tahulah nak terima atau tak, ape pendapat enti?”
hatiku dipagut sayu, mataku basah saat bibirku membaca bait-bait ayat tersebut.
Satu perasaan yang menjalar dihati, sakit kian terasa, mencucuk-cucuk, perit yang
tak terzahir, ku mencari penawar bersama seorang yang bernama sahabat, tidak ku
temu. Lantas hatiku tertanya.. siapa enta di hati ana? Kenapa perlu ada rasa
sakit itu saat ayat itu dihantar untuk mendapat ulasan dari aku. Sakit itu
masih terasa, luka itu masih berparut. Ku pujuk hati yang lara, mengingati
Allah Yang Esa.
“Istikharah..” jawapan terbaik,
dari Allah yang ku zahirkan kepada dia. Ku tangkis air mata, tidak mahu perit
menjalar di hati, biarpun pahit aku tidak mahu berserah pada rasa hati yang
tidak pasti. Ku lalui hari-hari ku yang masih berbaki di bumi universiti ini
berbekalkan doa dari ibu dan abah yang tercinta. Biarpun mereka tidak tahu hati
ini sedang dilukai, akan ku teruskan perjuangan menggapai impian yang telah ku
semat dihati.
“Ana rasa Allah dah kabulkan doa
ana tentang jodoh ana, tapi ana terpaksa tolak, sebab abang ana tak bagi, ana
pun tak kerja lagi.” Ku pujuk hati yang layu dibelit rasa ingin tahu, segalanya
terungkap dari dia yang jujur berterus-terang dengan ku. Bentakan di hati ini
membuatkan aku mengambil keputusan untuk solat istikharah, biarpun hati ini
takut akan jawapan yang bakal ku perolehi, tapi tetap ku teguh dengan pendirian
moga ada petunjuk untuk menangkis rasa yang mula bersarang dihati. Petunjuk
telah aku perolehi. Tapi keyakinan ku terlalu rendah untuk menerima. Kenapa perlu
dia? Lantas hati ini bertanya lagi, siapa enta di hati ana?
Usah merayu pada yang tidak
pasti, usah berharap dia menanti. Ku ayunkan langkah meneruskan hari-hari di
bumi university ini, hari-hariku terus ceria kerana kasih abadi dari Illahi.
Mungkin dulu perubahan yang ku harap pada diri dia, hari ini, bila perubahan
itu kenyataan dihadapanku, hati ku dipagut sayu, dicengkam rasa yang pilu,
hingga menitis satu persatu.
“Bole tak ana nak tanya sesuatu,
ana harap enta jujur lar ea. Enta anggap ana ni sape ea?” mesej ku hantar
meminta tanda kepastian agar hati yang lara ku pujuk dan tak akan berulang.
“Enti kawan baik ana dunia
akhirat, same jugak macam kawan-kawan yang lain, kawan dunia akhirat” hatiku
tenang, bak seribu satu kata terungkap, maka jalan yang kupilih, dia akan ku
tinggalkan, berlalu pergi biarpun saat ku diperlukan, kerana takut akan dosa
yang lampau, ku ulangi tanpa ragu dan ingatan. Patah hati yang lara, patah akan
berganti. Hari-hari itu ku lalui lagi.
“Ana ada buat salah dengan enti
ke?” hatiku gusar, senyap yang ku janjikan tanda dia paham, menjadikan dia
ingin tahu apa yang berlaku. Kata hatiku teruskan kuat. Jangan mudah goyah.
“x, nta tak buat salah pun dgn ana,
klu ada buat salah pun, ana lar orgnya.” Keliru, itulah yang dia rasakan dari
tindak tandukku. Sebaiknya mungkin aku yang tidak memulakan persahabatan ini
dahulu, kerana padahnya aku menanggung, kerana sakitnya aku ratap, kerana
sedihnya aku yang tangis, kerana pahitnya aku yang telan.
“ana menyesal kenal dengan nta”
kata hatiku,
“ana masih terasa hati dengan
ayat enti yang enti menyesal kenal dengan ana” Dia terasa? Kenapa perlu dia
terasa? Lantas aku tertanya, siapa ana di hati enta? Keliru yang kurasakan.
Kenapa perlu dia hadir dalam hidup aku? Dia adalah ujian, dia adalah ujian, dia
adalah ujian.
“ana rapat dengan nti je, yang
lain ana tak biasa”…..lantas hatiku tertanya. Siapa ana di hati enta? Ana
tempat mengadu, ana tempat bertanya, ana tempat luah rasa, ana tempat minta
pendapat, ana tempat bercerita, semua itu berlaku antara kita.
“ana berani bergurau dengan enti
je”….lantas hatiku bertanya, siapa ana di hati enta?.
Kini ku sedar, diriku bukan
sesiapa. Ku akhiri segalanya dengan istikharah moga jalan yang ku pilih adalah
kekuatan untuk aku mengahadapi dia sebagai ujian dari Dia pemilik hati ini.
Langkah ku teguh, teguhkan hati, hati yang redha, redha dan pasrah, pasrah atas
segala ketentuan takdir Illahi. Biarpun hati ini rasa dipermainkan, rasa
diperbodohkan, rasa diperkecilkan, hati ini akan terus kuat untuk menghadapi
dunia yang lebih mencabar saat aku bergelar graduan ijazah university nanti.
“akak, akak kene kuat, mungkin
akak kata akak dah melepaskan dia pergi, ikhlas, tapi sebenarnya akak tak
melepaskan dia sepenuhnya…” hatiku terpanar, koreksi diri, benar katanya. Saat
ku mohon pada Illahi menjauhkan dia dari hidup ini, Allah makbulkan. Sungguh
tenang. Tapi apabila perlu berhadapan, kaki ini pergi sebagai pilihan. Lalu
hati tertanya, sampai bila aku perlu terus begini, ku palingkan hati, hati yang
batu, tidak ku pandang dia yang hampir, mengharapkan tiada insan yang perasan
akan perubahan diri ini. Menyebokkan diri dengan kerja sambil memohon agar
diberi kekuatan hati untuk menempuh segalanya dikala itu.
“kita jumpe kawan baik dia, satu
kampong, cantik orangnye, dia duduk sebelah kita sambil borak2 dengan A****,
mse tu kite baca notes tapi terdengar dorang berborak pulak..huhu..apelah kite
nih” ku adu pada sahabat yang banyak mengetahui tentang hati ini.
“itu jeles namenye”..betul kata
dia, aku melepaskan, tapi tidak merelakan, merelakan tapi bukan semua, selama
ini hati ini ibarat melarikan diri dari kenyataan menghadapi dia.
Kata hatiku, semuanya akan berakhir, saat itu
aku akan berlalu pergi. Pergi meninggalkan segala yang pernah ku lalui, biarlar
dia menjadi cebisan kenangan yang tidak akan bercantum menjadi layar di minda
ini suatu masa nanti, kerana jika itu yang terjadi pasti luka itu berdarah kembali
dan parutnya terkesan di hati.
“akak, saya nak mintak tolong,
malu pulak, tolong carikan untuk saya…paham-paham aje la ye kak”
“insyaaAllah,jgn malu,tak de pe
lar, tapi setakat ni ade calon yang berkenan tak?”
“Calon?hurm setakat nih tak de
kak”..mana mungkin ada, andai hati baru melepaskan dia pergi.
Perubahan demi perubahan berlaku
diantara kami menunjukkan Allah semakin memudahkan urusan ku untuk melupakan
dia. Alhamdulillah.
“Enti jangan lupa soalan yang
enti nak tanya pada ana after hantar report FYP, n ana pun dah janji nak
belanja enti sbg balasan enti banyak tolong ana.” Ku biarkan itu berlalu sepi,
tidak perlu bertanya, kerana telah ku dapat jawapan dihati. Tak perlu belanja,
kerana ku takut kenangan kan tersemat sebagai satu ingatan yang menyakitkan
jiwa.
Pergilah rasa, pergilah sepi, pergilah rasa yang menyakitkan jiwa,
pergilah moga akan berganti. Patahlah hati, patah kan berganti, kerana Allah
akan hadirkan pengganti untuk menutup luka di hati.
Ku menyusuri sungai kehidupan
berbekalkan iman dan taqwa. Kadang hatiku ditiup angin kegoyahan, kadang aku
terjatuh tersadung dek batu dugaan, kadang ku hanyut oleh banjir perasaan,
kadang ku alpa dek manis madu perjanjian, tapi kini ku mengerti, antara petunjuk
dan ujian, dia adalah ujian buat diriku. Jalan yang ku pilih, moga berbekal
takwa di hati, ketenangan yang ku cari, moga ketemu cinta hakiki, jalan yang pasti, jalan yang abadi, moga Allah
memberkati setiap langkah ini.
Kenapa perlu ada kenangan antara
kita? Dia yang aku tinggalkan adalah sebagai satu pilihan. Kenapa perlu ada
rasa yang berbaki? Kenapa perlu tertarik bila berhampiran? Kenapa perlu mencari
jika tiada? Kenapa perlu ada dia dalam jalan kehidupanku…?
“Hidup kita ni bersangkut paut
dengan hudup orang lain. Takdir hidup kita, semuanya bersangkut dengan orang
lain. Contohnya excident, klu kita ingat sebelum excident berlaku, mungkin hati
kita akan kata kalaulah aku lambat cikit lalu jalan tu pasti kereta tuh tak
langgar aku, ataupun, kalaulah kereta tuh singgah di tempat lain dulu, mesti
pemandu tu tak langgar aku. Itulah yang dinamakan takdir, yang semestinya
bersangkut paut dengan orang lain.” Kata-kata dari seorang sahabat yang masih
aku terdengar. Lantas ku hadam, paham, semat dihati sebagai amalan. Semua itu
Allah telah aturkan sejak aku pilih jalan untuk sambung peringkat ijazah bulan
dec,selepas tawaran bulan jun aku tolak. Kadang hati terdetik,kalaulah aku
masuk bulan jun, mesti aku tak kenal dia. Menyesalkah diri? Menyesal bila perasaan
itu masih bersisa dihati.
“Haa, baru ana faham, knpe anti xnak msg ngn ana.btul
la,susah btul nk jg dr, ht dan iman,sbb mnsia seringkali iman dia berubah2. =)”
mesej nya aku baca berkali2…terpempan. Kenapa perlu sekarang paham? Hatiku rasa…..tidak
mampu untuk melayan, takut menggugat fikiran dan hati. Ku biarkan rasa, terus
berlalu, tanpa harapan, biarkan begitu, tanpa ulasan jawapan.
“Enti tau tak, 1st time ana dengar
bila ana pergi kem, mase tu abang H**** yang cakap tentang ikhtilat. Blik dari
tuh ana terus cari kat internet tentang ikhtilat, ana tanya ustaz, bole ke tak
mesej dengan orang perempuan? Sorang ustaz tu cakap, tak boleh sebab itu
termasuk jugak dalam bab pergaulan, ana tak boleh terima ustaz tuh cakap macam
tuh, lepas 2 ana tanya ustaz lain pulak, ustaz tuh cakap dibolehkan mesej, tapi
jaga lar batas pergaulan sebab kita tak boleh menolak fitrah antara manusia
yang berkeinginan antara lelaki dan perempuan…so ana nak mintak pendapat enti…”
“Pada ana, boleh, Cuma ada had
lar sebab hati perempuan nih mudah terusik especially ada lelaki yang nmpak mcm
caring kat dia, cepat terasa bila kena marah, menangis semua tuh lar, sebab tuh
dalam al-quran kata jgn dekati zina, klu enta tak boleh nak jaga hati, nta tak
perlu lar mesej dgn perempuan tuh, tapi enta kena ingat sekali enta kata enta
boleh jaga hati, Allah akan uji apa yang enta cakap. Allah akan uji
berkali-kali.”
“Betullar ape yang enti penah
cakap tuh, dan ana pun penah rasa sakit hati tu, baru je rasa.”
Apa yang perlu diucapkan lagi?
Mungkin itu hanya menambah kesakitan di hati. Mungkin itu adalah yang terakhir.
Ya, mudah-mudahan. Teruskan melangkah wahai kaki. Banyak lagi yang perlu
diperlunaskan sebelum mata tertutup mengadap Allah Yang Esa.
Ku akhiri segalanya, dengan lafaz
niat yang suci, solat ku dirikan mohon petunjuk agar tak terjatuh lemas dengan
perasaan sendiri. Moga petunjuk itu dapat menguatkan lagi hati ini..
“Ya Allah Yang Maha Mengetahui,
aku mohon petunjuk Ya Allah, jika jalan yang ku pilih ini adalah terbaik untuk
masa hadapanku, aku mohon permudahkan lah Ya Allah..jika salah Ya Allah, aku
mohon perbetulkan lah, berikan lar petunjukMu. Ya Allah, jika telah Engkau
tetapkan aku sempat bertemu dengan jodohku, aku mhon permudahkan lah Ya Allah,
jika kematian itu yang Engkau tetapkan mendahului jodohku, aku mohon
permudahkan juga Ya Allah dan izinkan aku Ya Allah, untk bertemu dengan jodohku
di syurgaMu nanti, dan biarlah dia yang menjadi bidadaraku di syurga nanti.”
Tiada tangisan itu yang aku harapkan. Moga hati terus tabah, moga jiwa terus kuat, moga fikiran tak rapuh, moga diri terus melangkah ke hadapan tanpa memandang belakang yang bersisa noda. Allahurabbi...teguhkan iman dihati...