Sunday, January 27, 2013

Siapa enta di hati ana?

Assalamualaikum wbt....mg apa yang ana update disini menjadi pengajaran buat kita semua sebagai pembaca. kita semua tak terlepas dari melakukan kesilapan. Kisah dibawah ini ada kaitan dengan seorang sahabat kita, sedang cuba untuk berubah kepada yang lebih baik, dia selalu mendapat gelaran "baik" dari sahabat2, tetapi selalu menolak title itu sebab dia rasa tidak cukup baik.. perlukan komen dari sahabat2 klu ada yang ingin komen, moga apa yang disampaikan menjadi pengajaran dan juga sempadan buat masa akan datang...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Menyingkap lembaran baru gelaran bakal pemegang ijazah graduan university di Malaysia, aku mengatur langkah, menyusuri hari-hari yang mendatang dengan diringi iman di hati. Kata hatiku teruskan melangkah walaupun payah, pasti kejayaan kan ku genggam akhirnya. Hari-hari yang ku lalui, pahit dan manis, suka dan duka, tangis dan tawa, semua berpadu dalam satu rasa. Aku abadikan segalanya dalam pundak hatiku, menelan rasa, payah diungkap, panas tangisan itu masih terasa. Hatiku tertanya…kenapa perlu ada dia dalam hari-hariku. Mungkin inilah petanda imanku goyah. Mungkin inilah teguran dari Sang Pencipta.
“Ana nak bagitahu sesuatu, ada orang melamar ana, ana pon tak tahulah nak terima atau tak, ape pendapat enti?” hatiku dipagut sayu, mataku basah saat bibirku membaca bait-bait ayat tersebut. Satu perasaan yang menjalar dihati, sakit kian terasa, mencucuk-cucuk, perit yang tak terzahir, ku mencari penawar bersama seorang yang bernama sahabat, tidak ku temu. Lantas hatiku tertanya.. siapa enta di hati ana? Kenapa perlu ada rasa sakit itu saat ayat itu dihantar untuk mendapat ulasan dari aku. Sakit itu masih terasa, luka itu masih berparut. Ku pujuk hati yang lara, mengingati Allah Yang Esa.
“Istikharah..” jawapan terbaik, dari Allah yang ku zahirkan kepada dia. Ku tangkis air mata, tidak mahu perit menjalar di hati, biarpun pahit aku tidak mahu berserah pada rasa hati yang tidak pasti. Ku lalui hari-hari ku yang masih berbaki di bumi universiti ini berbekalkan doa dari ibu dan abah yang tercinta. Biarpun mereka tidak tahu hati ini sedang dilukai, akan ku teruskan perjuangan menggapai impian yang telah ku semat dihati.
“Ana rasa Allah dah kabulkan doa ana tentang jodoh ana, tapi ana terpaksa tolak, sebab abang ana tak bagi, ana pun tak kerja lagi.” Ku pujuk hati yang layu dibelit rasa ingin tahu, segalanya terungkap dari dia yang jujur berterus-terang dengan ku. Bentakan di hati ini membuatkan aku mengambil keputusan untuk solat istikharah, biarpun hati ini takut akan jawapan yang bakal ku perolehi, tapi tetap ku teguh dengan pendirian moga ada petunjuk untuk menangkis rasa yang mula bersarang dihati. Petunjuk telah aku perolehi. Tapi keyakinan ku terlalu rendah untuk menerima. Kenapa perlu dia? Lantas hati ini bertanya lagi, siapa enta di hati ana?
Usah merayu pada yang tidak pasti, usah berharap dia menanti. Ku ayunkan langkah meneruskan hari-hari di bumi university ini, hari-hariku terus ceria kerana kasih abadi dari Illahi. Mungkin dulu perubahan yang ku harap pada diri dia, hari ini, bila perubahan itu kenyataan dihadapanku, hati ku dipagut sayu, dicengkam rasa yang pilu, hingga menitis satu persatu.
“Bole tak ana nak tanya sesuatu, ana harap enta jujur lar ea. Enta anggap ana ni sape ea?” mesej ku hantar meminta tanda kepastian agar hati yang lara ku pujuk dan tak akan berulang.
“Enti kawan baik ana dunia akhirat, same jugak macam kawan-kawan yang lain, kawan dunia akhirat” hatiku tenang, bak seribu satu kata terungkap, maka jalan yang kupilih, dia akan ku tinggalkan, berlalu pergi biarpun saat ku diperlukan, kerana takut akan dosa yang lampau, ku ulangi tanpa ragu dan ingatan. Patah hati yang lara, patah akan berganti. Hari-hari itu ku lalui lagi.
“Ana ada buat salah dengan enti ke?” hatiku gusar, senyap yang ku janjikan tanda dia paham, menjadikan dia ingin tahu apa yang berlaku. Kata hatiku teruskan kuat. Jangan mudah goyah.
“x, nta tak buat salah pun dgn ana, klu ada buat salah pun, ana lar orgnya.” Keliru, itulah yang dia rasakan dari tindak tandukku. Sebaiknya mungkin aku yang tidak memulakan persahabatan ini dahulu, kerana padahnya aku menanggung, kerana sakitnya aku ratap, kerana sedihnya aku yang tangis, kerana pahitnya aku yang telan.
“ana menyesal kenal dengan nta” kata hatiku,
“ana masih terasa hati dengan ayat enti yang enti menyesal kenal dengan ana” Dia terasa? Kenapa perlu dia terasa? Lantas aku tertanya, siapa ana di hati enta? Keliru yang kurasakan. Kenapa perlu dia hadir dalam hidup aku? Dia adalah ujian, dia adalah ujian, dia adalah ujian.
“ana rapat dengan nti je, yang lain ana tak biasa”…..lantas hatiku tertanya. Siapa ana di hati enta? Ana tempat mengadu, ana tempat bertanya, ana tempat luah rasa, ana tempat minta pendapat, ana tempat bercerita, semua itu berlaku antara kita.
“ana berani bergurau dengan enti je”….lantas hatiku bertanya, siapa ana di hati enta?.
Kini ku sedar, diriku bukan sesiapa. Ku akhiri segalanya dengan istikharah moga jalan yang ku pilih adalah kekuatan untuk aku mengahadapi dia sebagai ujian dari Dia pemilik hati ini. Langkah ku teguh, teguhkan hati, hati yang redha, redha dan pasrah, pasrah atas segala ketentuan takdir Illahi. Biarpun hati ini rasa dipermainkan, rasa diperbodohkan, rasa diperkecilkan, hati ini akan terus kuat untuk menghadapi dunia yang lebih mencabar saat aku bergelar graduan ijazah university nanti.
“akak, akak kene kuat, mungkin akak kata akak dah melepaskan dia pergi, ikhlas, tapi sebenarnya akak tak melepaskan dia sepenuhnya…” hatiku terpanar, koreksi diri, benar katanya. Saat ku mohon pada Illahi menjauhkan dia dari hidup ini, Allah makbulkan. Sungguh tenang. Tapi apabila perlu berhadapan, kaki ini pergi sebagai pilihan. Lalu hati tertanya, sampai bila aku perlu terus begini, ku palingkan hati, hati yang batu, tidak ku pandang dia yang hampir, mengharapkan tiada insan yang perasan akan perubahan diri ini. Menyebokkan diri dengan kerja sambil memohon agar diberi kekuatan hati untuk menempuh segalanya dikala itu.
“kita jumpe kawan baik dia, satu kampong, cantik orangnye, dia duduk sebelah kita sambil borak2 dengan A****, mse tu kite baca notes tapi terdengar dorang berborak pulak..huhu..apelah kite nih” ku adu pada sahabat yang banyak mengetahui tentang hati ini.
“itu jeles namenye”..betul kata dia, aku melepaskan, tapi tidak merelakan, merelakan tapi bukan semua, selama ini hati ini ibarat melarikan diri dari kenyataan menghadapi dia.
 Kata hatiku, semuanya akan berakhir, saat itu aku akan berlalu pergi. Pergi meninggalkan segala yang pernah ku lalui, biarlar dia menjadi cebisan kenangan yang tidak akan bercantum menjadi layar di minda ini suatu masa nanti, kerana jika itu yang terjadi pasti luka itu berdarah kembali dan parutnya terkesan di hati.
“akak, saya nak mintak tolong, malu pulak, tolong carikan untuk saya…paham-paham aje la ye kak”
“insyaaAllah,jgn malu,tak de pe lar, tapi setakat ni ade calon yang berkenan tak?”
“Calon?hurm setakat nih tak de kak”..mana mungkin ada, andai hati baru melepaskan dia pergi.
Perubahan demi perubahan berlaku diantara kami menunjukkan Allah semakin memudahkan urusan ku untuk melupakan dia. Alhamdulillah.
“Enti jangan lupa soalan yang enti nak tanya pada ana after hantar report FYP, n ana pun dah janji nak belanja enti sbg balasan enti banyak tolong ana.” Ku biarkan itu berlalu sepi, tidak perlu bertanya, kerana telah ku dapat jawapan dihati. Tak perlu belanja, kerana ku takut kenangan kan tersemat sebagai satu ingatan yang menyakitkan jiwa.
  Pergilah rasa, pergilah sepi, pergilah rasa yang menyakitkan jiwa, pergilah moga akan berganti. Patahlah hati, patah kan berganti, kerana Allah akan hadirkan pengganti untuk menutup luka di hati.
Ku menyusuri sungai kehidupan berbekalkan iman dan taqwa. Kadang hatiku ditiup angin kegoyahan, kadang aku terjatuh tersadung dek batu dugaan, kadang ku hanyut oleh banjir perasaan, kadang ku alpa dek manis madu perjanjian, tapi kini ku mengerti, antara petunjuk dan ujian, dia adalah ujian buat diriku. Jalan yang ku pilih, moga berbekal takwa di hati, ketenangan yang ku cari, moga ketemu cinta hakiki,  jalan yang pasti, jalan yang abadi, moga Allah memberkati setiap langkah ini.
Kenapa perlu ada kenangan antara kita? Dia yang aku tinggalkan adalah sebagai satu pilihan. Kenapa perlu ada rasa yang berbaki? Kenapa perlu tertarik bila berhampiran? Kenapa perlu mencari jika tiada? Kenapa perlu ada dia dalam jalan kehidupanku…?
“Hidup kita ni bersangkut paut dengan hudup orang lain. Takdir hidup kita, semuanya bersangkut dengan orang lain. Contohnya excident, klu kita ingat sebelum excident berlaku, mungkin hati kita akan kata kalaulah aku lambat cikit lalu jalan tu pasti kereta tuh tak langgar aku, ataupun, kalaulah kereta tuh singgah di tempat lain dulu, mesti pemandu tu tak langgar aku. Itulah yang dinamakan takdir, yang semestinya bersangkut paut dengan orang lain.” Kata-kata dari seorang sahabat yang masih aku terdengar. Lantas ku hadam, paham, semat dihati sebagai amalan. Semua itu Allah telah aturkan sejak aku pilih jalan untuk sambung peringkat ijazah bulan dec,selepas tawaran bulan jun aku tolak. Kadang hati terdetik,kalaulah aku masuk bulan jun, mesti aku tak kenal dia. Menyesalkah diri? Menyesal bila perasaan itu masih bersisa dihati.
“Haa, baru  ana faham, knpe anti xnak msg ngn ana.btul la,susah btul nk jg dr, ht dan iman,sbb mnsia seringkali iman dia berubah2. =)” mesej nya aku baca berkali2…terpempan. Kenapa perlu sekarang paham? Hatiku rasa…..tidak mampu untuk melayan, takut menggugat fikiran dan hati. Ku biarkan rasa, terus berlalu, tanpa harapan, biarkan begitu, tanpa ulasan jawapan.
“Enti tau tak, 1st time ana dengar bila ana pergi kem, mase tu abang H**** yang cakap tentang ikhtilat. Blik dari tuh ana terus cari kat internet tentang ikhtilat, ana tanya ustaz, bole ke tak mesej dengan orang perempuan? Sorang ustaz tu cakap, tak boleh sebab itu termasuk jugak dalam bab pergaulan, ana tak boleh terima ustaz tuh cakap macam tuh, lepas 2 ana tanya ustaz lain pulak, ustaz tuh cakap dibolehkan mesej, tapi jaga lar batas pergaulan sebab kita tak boleh menolak fitrah antara manusia yang berkeinginan antara lelaki dan perempuan…so ana nak mintak pendapat enti…”
“Pada ana, boleh, Cuma ada had lar sebab hati perempuan nih mudah terusik especially ada lelaki yang nmpak mcm caring kat dia, cepat terasa bila kena marah, menangis semua tuh lar, sebab tuh dalam al-quran kata jgn dekati zina, klu enta tak boleh nak jaga hati, nta tak perlu lar mesej dgn perempuan tuh, tapi enta kena ingat sekali enta kata enta boleh jaga hati, Allah akan uji apa yang enta cakap. Allah akan uji berkali-kali.”
“Betullar ape yang enti penah cakap tuh, dan ana pun penah rasa sakit hati tu, baru je rasa.”
Apa yang perlu diucapkan lagi? Mungkin itu hanya menambah kesakitan di hati. Mungkin itu adalah yang terakhir. Ya, mudah-mudahan. Teruskan melangkah wahai kaki. Banyak lagi yang perlu diperlunaskan sebelum mata tertutup mengadap Allah Yang Esa.
Ku akhiri segalanya, dengan lafaz niat yang suci, solat ku dirikan mohon petunjuk agar tak terjatuh lemas dengan perasaan sendiri. Moga petunjuk itu dapat menguatkan lagi hati ini..
“Ya Allah Yang Maha Mengetahui, aku mohon petunjuk Ya Allah, jika jalan yang ku pilih ini adalah terbaik untuk masa hadapanku, aku mohon permudahkan lah Ya Allah..jika salah Ya Allah, aku mohon perbetulkan lah, berikan lar petunjukMu. Ya Allah, jika telah Engkau tetapkan aku sempat bertemu dengan jodohku, aku mhon permudahkan lah Ya Allah, jika kematian itu yang Engkau tetapkan mendahului jodohku, aku mohon permudahkan juga Ya Allah dan izinkan aku Ya Allah, untk bertemu dengan jodohku di syurgaMu nanti, dan biarlah dia yang menjadi bidadaraku di syurga nanti.”
Tiada tangisan itu yang aku harapkan. Moga hati terus tabah, moga jiwa terus kuat, moga fikiran tak rapuh, moga diri terus melangkah ke hadapan tanpa memandang belakang yang bersisa noda. Allahurabbi...teguhkan iman dihati...



No comments: